Wednesday 13 June 2012

Tips Untuk Suami Isteri : Petua Meningkatkan Kesuburan Dengan Pemakanan

Pemakanan dan nutrisi adalah amat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan anda dengan pasangan. Buat anda yang masih belum lagi hamil dan mempunyai cahaya mata., tips ini amat disarankan untuk anda. Jika anda baru merancang untuk kahwin. Ia sesuai juga. Inilah persediaan awal yang amat penting.

Bayam - Bagaimana bayam meningkatkan kesuburan? Sayuran hijau ini mengandungi zat besi yang banyak dan vitamin C. Sumber asid folik yang banyak dalam asid folik membantu meningkatkan penghasilan telur yang sihat, membantu menstabilkan kitaran haid dan membantu dalam penghasilan sperma yang berkualiti bagi lelaki. Amalkan petua ni sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang kehamilan.

Sayuran hijau- Amalkan juga memakan sayuran hijau yang lain kerana mengandungi Vitamin k. Kekurangan vitamin k boleh menyebabkan kemandulan.

Madu- Madu mengandungi pelbagai jenis mineral dan juga asid amino yang membantu mengekalkan kesihatan sistem reproduktif dan mempertingkatkan fungsi ovari bagi wanita. Ia juga telah lama dipercayai sejak beratus tahun meningkatkan kesuburan.

Tiram-Mengandungi zat besi yang tinggi yang membantu meningkatkan kesuburan. Zat besi merangsang penghasilan sperma dan telur yang sihat dan berkualiti. Namun begitu, makanan ini mengandungi sumber kolestrol yang tinggi. Anda juga boleh amalkan pemakanan kacang panggang, ayam, kekacang atau bijian labu sebagai pengganti.

Bijian penuh contohnya oat, beras perang dan gandum penuh adalah diantara makanan karbohidrat kompleks. Ianya mengandungi vitamin B dan E yang sangat baik dan membantu menstabilkan hormon dan penghasilan sperma berkualiti. Ia membantu memberikan anda tenaga yang sangat banyak dalam cubaan anda mendapatkan anak dengan merembeskan gula secara teratur dalam darah. Sememangnya anda memerlukan tenaga yang banyak semasa proses kehamilan.

Bawang putih sememangnya mengeluarkan aroma yang sangat kuat dan kurang menyenangkan  tetapi berfungsi sebagai salah satu makanan meningkatkan kesuburan. Ianya kaya dengan selenium yang meningkatkan kesuburan lelaki dan mencegah kromosom terpecah serta mengurangkan risiko keguguran bagi wanita. Bawang putih juga mengandungi vitamin B6 yang menstabilkan hormon dan menguatkan imunisasi atau sistem pertahanan badan.

Avokado membekalkan sumber vitamin E terbaik serta kaya dengan antioksidan. Ini sangat penting dalam kesuburan lelaki dan wanita kerana ia membantu proses ovulasi serta penghasilan sperma yang baik. Ia juga mengandungi 'lemak sihat' yang merangsang fungsi hormon dalam tubuh secara keseluruhan.

Produk tenusu- Kajian di UK mendapati wanita yang mengamalkan pemakanan berdasarkan produk tenusu sekurang-kurangnya sekali sehari kurang menghadapi masalah kesuburan. Produk ini membantu tumbesaran dan pengekalan kesihatan sistem saraf, tulang dan darah. Produk ni terdiri daripada susu, keju, yogurt dan sebagainya.

Minyak ikan yang boleh didapati pada ikan salmon, makarel dan sardin mengandungi sumber asid lemak omega-3 dan 6 yang terbaik. Ia membantu dalam sistem reproduktif, mempertingkatkan aliran darah dan membantu dalam penghasilan sperma yang berkualiti.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.