Friday 14 November 2014

Petua Mengatasi bau Ketiak Dengan Mudah dan Berkesan

Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai bau badan dan cara mengatasinya. Sila baca  untuk mengetahui lebih lanjut. Punca mengenai masalah ini sama sahaja sebenarnya. Dan, sebahagian cara mengatasi baik untuk diamalkan. Baca lebih lanjut Disini.

70% bau badan berpunca daripada bau ketiak. Dan kini, terdapat pelbagai produk untuk mengatasi masalah bau ini. Rasanya ramai juga yang mengalami masalah bau ketiak ni.

Tips :

1. Jangan gunakan perfume untuk ketiak ya. Lain pula baunya nanti. Gunakan deodoran jenis spray.

 Saya tak galakkan roll-on deodoran kerana boleh menyebabkan warna ketiak menjadi gelap. Pengalaman sendiri ya.

Saya menggunakan deodoran spray seperti nivea kerana bersifat lebih tahan lama. Apapun pilihlah deodoran mengikut pilihan anda sendiri

2. Cukur bulu ketiak anda. Umumnya wanita lebih gemar mencabut ;

3. Gunakan limau kasturi. Caranya ;

-Sebelum mandi ..,

-Potong belah dua

- Sapukan bahagian yang dipotong pada ketiak kanan.

- Dan 1 lagi bahagian limau yang telah dipotong disapu pada ketiak kiri.

-Tunggu sehingga betul-betul kering

- Barulah mandi

Petua ini tahan selama 3-4 hari. Bergantung kepada individu. Ulang tips ini selepas 3-4 hari.

 Cukup berkesan !!



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.