Monday 23 February 2015

Buat cover Tablet sendiri a.k.a DIY project

Disebabkan cover tablet asus belum sampai disabah pada tahun 2014, screen protector pun belum ada lagi.. kesianlah pula tablet asus 8.0 mr.husband yang tak bersarung.. takut calar pula.. Jadi nilah cover yang saya jahit sendiri daripada kain felt.. Gambar ni ambil dah lama juga lah jadi tak ingat sangat cara buat masa tu. Apapun anda boleh tengok gambar ye..

Kain felt ni merupakan lebihan kain felt yang tinggal.. Jadi guna sajalah stok yang ada.. Tak perlulah membazir. Saya pilih kain felt berwarna merun sebagai luaran dan warna hitam sebagai dalaman. 

Saiz kain felt ni lebih kurang 9inci x 18inci (tinggi x lebar)... Jadi memang sesuai sangat. Tak perlu potong pun.

Nilah luarannya

Segi empat kecil ni saya gunting untuk buat poket tepi cover ni...Bolehlah letak kad apapun disini. Untuk membuat ukuran tepat, lukis pada kertas putih dahulu., then potong mengikut kertas putih tu..

Saya lebih suka letak poket agak bawah sikit.

Pastikan anda gunakan benang jenis tebal..Supaya jahitan nampak lebih cantik dan kemas. Kalau tak silap, benang yang saya gunakan ni adalah benang sulam.

Nilah poket yang dah siap dijahit pada kain felt hitam. Apa yang anda lihat warna biru tu ialah kad manila jenis keras. Saya gunakan kad manila ni sebagai pengeras cover..

1. Cara mudah nak ukur.. Gunting sama saiz dengan kain felt. Kemudian potong bahagi dua..

2. Potong 0.75mm hard manila...kedua-duanya.  Potong ditepi sahaja. Atas tak perlu... Ni supaya ada ruang pada tengah cover dan boleh ditutup.

3. Pada bahagian atas dan bawah kad manila, potong 0.1 atau 0.2mm. Agar senang jahit ditepi. Jarum tak kena cover bila menjahit.

Saya harap anda faham bahagian ni :-)

Decoration pula saya gunakan barang yang sedia ada juga. Comel bukan ?

Sauh ni jenis metal a.k.a besi..Murah, kecil dan cukup comel. Beli di decoration stuff untuk gift dan barang-barang perkahwinan.

Metal sauh ni sesuai untuk personaliti lelaki dan wanita..

Bahagian tepi sauh ni memang disediakan ruang-ruang untuk jahitan. Jadi saya jahit dekat bawah kain felt.. Nampak macam simbol pula disitu. Jahit pada kain felt merah..

Yang siap setakat ni :-)
 

Sebagai penutup casing, saya jahitkan getah hitam jenis kecil di bahagian tepi seperti ni..Nak tutup, hanya tinggal tarik getah ke belakang casing...! Love it...Tak payah terlalu panjang dibelakang kain hitam.. nanti nampak pula timbul bentuk getah dalam casing ni..

Untuk pastikan tablet tak jatuh, saya just jahit getah kecil disetiap bucu felt..

1. Sapu gam felt / double tape pada kain hitam.

2. Letak kedua-dua kad manila keras pada atas kain hitam.  Pastikan ruang diantara kad manila adalah 1cm agar casing ini boleh ditutup. Dan juga pastikan bahagian tepi telah diberi ruang 0.2mm agar boleh jahit bahagian tepi.

3. Sapu gam felt atas kain felt hitam dan atas kad manila..Tunggu kering dan pastikan felt dan kad manila telah melekat sepenuhnya.

4. Sapu gam felt atas kad manila dan kain felt merah.. Letak kain felt merah yang telah digam atas kad manila. Pastikan kering dan melekat sepenuhnya juga.

5. Jahit bahagian tepi dengan jahitan felt.

(Bahagian atas ni saya tak sempat ambil gambar ye :-) Husband pun nak cepat. So saya siapkan casing ni beberapa jam ja.. 1 malam jelah :-)

Dan ini hasil yang saya dah siapkan ...

Wee ! 

# Casing ni husband saya sempat pakai sehari je.. Dah tak ada pun..  Casing ni khabarnya dah travelling ke Jepun kerana mendapat perhatian peminat barangan d.i.y  :-)

Husband pun nak minta buat 1 lagi.. Waa..! Ingat kedai ke disini..??  Tapi tak apalah, buatkan jugalah 1 untuk mr.huby. 

Disebabkan material felt ni cepat rosak.. Saya gunakan material daripada kain kanvas. Tahan lama dan unik.. Beli kain casing sofa je..Yang jenis kanvas tu. Kaison ada banyak casing yang unik dan comel..

Untuk casing kanvas ni, saya tak sediakan tutorial atau ambil gambar ye :-)
Saya hanya boleh tunjukkan pada anda hasilnya ;


Then mr.huby minta tambah koleksi lagi.. Jangan d.i.y lagi ya :-)
Tolong beli sendiri. Online pun banyak pilihan juga. Hehe..

Yang dibawah ni pula casing terbaru mr.huby. Bukan d.i.y ye.. Beli dari lelong.my..

Comelnya casing Asus 8.0 ni..

Nak tengok projek d.i.y flip case untuk telefon bimbit saya, lihat DiSini













                                                               









No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.