Friday 10 April 2015

Bagaimana Nak Buat Iklan Nuffnang Dan Widget Lain Muncul Versi Mobile Blogspot

Kali ni, saya buat artikel tunjuk ajar mudah macamana nak buat iklan nuffnang ataupun widget lain muncul dalam versi mobile. Walaupun banyak tutorial yang ajar macamana nak letak iklan nuffnang ataupun mana-mana widget dalam versi mobile, ada yang agak susah dan panjang pula kodnya. Tu pun tak semua kod yang sesuai dengan template kita. Kalau terlalu banyak mengedit, template jadi error pula...T_T

Penting tak widget muncul versi mobile ni ? Tentulah. Kebanyakan orang sekarang termasuk saya sendiri lebih suka cari dan baca info dismartphone sahaja. Dengan iklan nuffnang muncul diandroid. Pasti akan memaksimumkan pendapatan bukan.

Apapun sebelum mula mengedit, saya amat sarankan anda backup template anda dulu. Untuk tujuan keselamatan.. Apa pun boleh jadi masa kita mengedit, jika masa edit termasuk kod yang salah dan tak sengaja save template, menyesal pula kan.

1. Ok first sekali, anda perlu ubah sedikit setting pada mobile anda. Tujuan mengubah setting ini adalah supaya template mobile kita lebih friendly pada pengguna. Klik setting pada bahagian mobile. Saya dah bulatkan seperti gambar di bawah.
klik untuk perbesar


2. Pilih Yes. Show mobile template on mobile devices. Kemudian pilih custom.

klik untuk perbesar


3.Nak lihat hasilnya, boleh preview. Jangan lupa save ya  ^_^
 Untuk pengetahuan anda, walaupun blogspot dah tukar mobile friendly, tapi widget tetap tak akan keluar.

klik untuk perbesar 


4. Sekarang, pergi ke layout anda. Pilih mana-mana widget yang anda nak muncul versi mobile. Untuk tutorial ini, saya pilih nuffnang dan linkwithin ( artikel terkait )

Untuk memudahkan anda nak cari widget anda dibahagian edit template,beri nama pada widget anda. Jangan risau ya, anda boleh hapus nama widget setelah anda selesai mengedit template.

                                                                     klik untuk perbesar

5. Dah siap buat pilihan? Pergi ke bahagian template.Kita akan mula mengedit.

6. Pilih Edit HTML
                                                                    klik untuk perbesar 

7.Bagi saya menggunakan faeture template blogspot versi terkini sangat mudah. Lihat jump to widget seperti dalam gambarajah. Disinilah tersimpan semua widget-widget dalam blog anda.
klik untuk perbesar

8. Walaupun anda dah beri nama pada widget, nama widget tak akan keluar dibahagian ini. Ia tetap akan muncul sebagai HTML. Jadi klik mana-mana HTML. Contohnya, saya pilih HTML 10. 


9.Dan, saya dibawa kebahagian widget ini. Kebanyakan widget saya berada diruangan ini, jadi mudahlah untuk saya edit.
Setiap arrow yang berwarna hitam pada bahagian tepi template adalah widget blog anda.  Jika anda melihat dibawah, seperti dalam kotak merah. Anda akan nampak dalam kedua-dua kotak ada tertulis nuffnang dan linkwithin. Nampak tak ? Disinilah anda detect widget anda.




Tapi kod ini saya dah edit ya ;



                                                                       klik untuk perbesar 

Macamana nak edit ? 

Tambah mobile ='yes' selepas perkataan locked ='false'. Contohnya seperti gambarajah diatas. Lihat kotak merah tu. Kedua-duanya dah ditambah mobile ='yes' dibahagian tengahnya.

Mudah bukan? preview template untuk elak error berlaku. Jika tiada error, save template.

Nak tahu dah jadi atau tidak. Pergi ke bahagian template. Setting untuk mobile, preview. Anda akan nampak iklan nuffnang dan linkwithin. Contohnya seperti gambar dibawah. Linkwithin dan nuffnang dah muncul. Dah jadi..Yeahh !




Saya harap tutorial ini akan berhasil untuk anda juga ^_^
Drop comment jika berjaya... tq

Info Tambahan : kod

1. mobile ='only' widget hanya muncul versi mobile
2. mobile='yes' widget muncul di desktop dan mobile.

3 comments :

  1. thanks....tpi nape iklan duk kt bwah post....cmne nk wat letak atas pos mcm dlm blog ni?

    ReplyDelete
  2. ikut cara mcm nuffnang bg tu tak menjadi la..leaderboard pulak yg tak muncul. apsal ye?

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.