Thursday 16 April 2015

Cerita Pengalaman Ketika Hamil : Jenis-Jenis Anemia Semasa hamil Dan Cara Mengatasinya

Sebelum kehamilan pertama pada tahun 2011, saya sebenarnya mengalami masalah anemia. Ketika itu, HB (haemoglobin) saya sekitar 8g/dl sahaja. Normal HB untuk wanita adalah 12-16g/dl.. Bagi anda yang tak tahu apa itu anemia ? anemia adalah sel darah merah yang kurang dari paras normal. Sel darah merah penting kerana ia membawa darah beroksigen ke organ penting seperti paru-paru agar oksigen dapat diserap. Melalui salur darah kita juga, sel darah merah membekal darah beroksigen ke sel lain melalui organ jantung.

Anemia kerap berlaku pada ibu hamil kerana perkembangan bayi yang sihat memerlukan zat dan nutrien ni. So, mereka akan serap zat dari ibu.  Ini termasuklah keperluan kalsium.

Satu cara mudah nak tahu jika anda mengalami masalah anemia, lihat bibir anda. Bibir akan kelihatan pucat. Tarik kulit bawah mata anda ke bawah, perhatikan bahagian dalam mata anda. Jika warnanya pucat, anda mungkin mengalami masalah anemia.  Ibu hamil yang menghidap anemia biasanya kelihatan lebih pucat, mudah letih dan lesu dan kerap pening serta pitam. Jangan pandang ringan simptom ini. Lakukan pemeriksaan segera.

Sebelum kehamilan anak sulung, saya menggunakan cara alternatif seperti makan ubi bit. Ni sajalah yang ngam dengan selera. Warna supnya memang kelihatan merah seperti darah. Rasa jadi vampire pun ada juga ^_^. Sedap macam snek. HB memang cepat naik. Ubi bit ni selamat untuk ibu hamil. Bayam dengan hati pun cepat juga kesannya. Tapi, tak suka pula rasanya hehe..

 Saat kehamilan pertama, HB saya dah naik ke 11g/dl. Tapi kerana pernah mengalami masalah low HB, saya dikategorikan sebagai golongan berisiko. Jadi sepanjang hamil, saya dipreskripsikan Tab. ferrous fumarate 200mg sekali sehari sahaja. Jika anda juga mengambil tablet ini, anda akan mengalami perubahan warna najis. Ia akan berubah ke warna hitam, anda tak perlu risau ya ^_^. Hal ini sebenarnya normal saja.

Apapun,jika reading HB anda terlalu rendah contohnya dibawah 9d/dl, anda tak perlu bergantung pada ubat tambah darah 100%. Anda boleh cuba alternatif lain. Nak kena tambah darah? Fuh. sakit tu. Anemia semasa kehamilan terbahagi kepada anemia disebabkan kekurangan zat besi, kekurangan folic acid ataupun kurang vitamin B12. 

1. Kesan kekurangan zat besi akan menyebabkan sel darah merah beroksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu diseluruh badan. Antara sumber makanan yang mengandungi banyak zat besi, mudah nak dapat serta selamat untuk pregnancy ;

~bayam (1/2 cawan bayam mengandungi 3.2mg zat besi, beta-carotene, pelbagai jenis mineral dan vitamin, vitamin C serta kalsium)

~Bijirin (Setiap hidangan mengandungi 1.8-21.1mg zat besi)

~Daging merah / red meat seperti daging lembu mengandungi 2.5-3mg bagi setiap hidangan.

~ Buah prune mengandungi 1.2mg hingga 1g bagi 1/3 cawan hidangan. Ia bukan sahaja tinggi serat tapi mampu membantu mencegah sembelit yang sering dihadapi oleh ibu hamil.

~Ubi kentang merupakan sumber zat besi yang bebas lemak dan kolestrol. Ia juga mengandungi sumber potasium yang tinggi, berserat dan sumber vitamin B6.

~Makan hati haiwan. Hati ayam mengandungi zat besi 10mg bagi setiap hidangan 4oz. Manakala hati lembu mengandungi 6.5mg bagi setiap 4oz hidangan. Hati angsa mengandungi zat besi paling tinggi, sejumlah 30mg bagi setiap 4oz hidangan. Namun sesetengah pihak berpendapat makan hati merbahaya untuk kesihatan kerana disinilah toksin diproses dan diasingkan. Ambil sumber ini sebulan sekali atau dua bulan sekali. Jangan makan terlalu kerap. Anda boleh selangselikan pemakanan dengan sumber zat besi lain.

~ Kekacang pelbagai jenis mengandungi sekitar 3.9mg bagi setiap 1/3 cawan hidangan.

Tips : Saya amat sarankan anda untuk elakkan sebarang makanan atau minuman yang mengandungi kafein kerana sumber ini menghalang penyerapan zat besi. Antaranya adalah kopi, teh, kek, aiskrim, cola, pepsi dan coklat.

2. Kesan kekurangan folic acid pula menyebabkan kesukaran penghasilan sel baru, kecacatan mungkin berlaku pada bayi dan berat bayi pun kurang. Antara sumber makanan kaya folic acid :

~Legum mengandungi 180mcg folic acid bagi setiap 1/2 cawan hidangan

~Bayam mengandungi 218mcg bagi setiap 2 cawan hidangan

~Sebiji buah oren besar mengandungi 55mcg folic acid. Manakala secawan jus oren mengandungi 74mcg per cawan

~Kacang merah (lebih dikenali sebagai kacang hitam) mengandungi 115mcg bagi setiap 1/2 cawan hidangan. (Dimasak)

~Brokoli mengandungi sekitar 104mcg folic acid bagi setiap secawan hidangan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin C, beta carotene, serat dan juga kalsium. Namun perlu diingatkan brokoli tidak sesuai diambil ketika berpantang kerana dikategorikan sebagai sayuran 'sejuk' dan mengeluarkan gas.

~Hidangan mudah seperti spagheti mengandungi 100mcg folic acid.

~Avokado bukan sahaja mempunyai sejumlah folic acid yang tinggi, sebanyak 90mcg. Ia juga mengandungi lemak sihat omega-3 yang penting untuk jantung serta perkembangan otak bayi anda.

~Jus tomato rendah lemak mengandungi 48mcg bagi setiap cawan hidangan. Ia juga kaya dengan vitamin C yang memudahkan penyerapan zat besi.


3. Kesan kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan sel darah merah baru sukar dihasilkan serta mendorong kelahiran sebelum bayi mencapai tahap matang. (preterm labour). Antara makanan kaya vitamin b12 :


~ Makan hati seperti hati lembu mengandungi 85g bagi setiap 3oz hidangan

~ Ikan seperti tuna, salmon, mackerel, ikan sardin yang ditin mengandungi sekitar 85g bagi setiap 3oz hidangan.

~Sumber tenusu rendah lemak seperti yogurt dan susu mengandungi sekitar 245g bagi setiap cawan hidangan.

~Keju mengandungi 28g B12 bagi setiap 1oz hidangan

~ Telur mengandungi sumber vitamin B12 sebanyak 17g bagi setiap biji.

Sumber makanan ni adalah alternatif anda untuk mencapai zat dan nutrien yang cukup untuk kelahiran bayi yang sihat. Selangselikan dengan sumber-sumber ini agar anda pun tak mudah bosan. n_n




1 comment :

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.