Wednesday, 22 April 2015

Susu Dugro Untuk Kanak-kanak 1-3 Tahun

Masuk hari ni dah 3 hari anak saya minum susu dugro. Susu ni juga dikenali sebagai dumex. Brand yang saya kenal dari zaman kanak-kanak lagi. ^_^  Jarang juga saya ambil tahu pasal susu bayi dan kanak-kanak ni. Anak pun baru satu. Itupun dia fully breastfeeding. Tapi disebabkan usianya dah masuk 3tahun, agak risau jugalah merancang pregnant untuk second baby. Walaupun orang kata nanti dah pregnant anak stop sendirilah tu. Mmmm... still worry ^_^


Trylah alternatif ni. Di usia 3 tahun, barulah dia mahu guna susu botol ni. Tak sesuai dengan usia pula. Kalau perhatikan gayanya, rasanya dia seronok explore guna botol susu. New adventure ho ho... botol susu ni dah agak lama juga tersimpan dalam almari. Disebabkan nampak baby lain guna botol susu, dia nak try juga.
Saya cuci dan rendam botol lama ni dalam air panas dululah sebelum guna. Efektif untuk bunuh kuman.Tak payah membazir nak beli baru.

Mulanya, dia hanya minum susu nespray.. kebetulan hanya tu saja stok susu dalam rumah. Habis dalam separuh botol kecil saja.. 100ml macam tu. Tak ngam selera T_T... jenis ni kan tak sesuai untuk budak juga. My mom tegurlah juga suruh beli susu sesuai dengan usia budak ni. Then cubalah survey dekat hypermarket. Masa tu, seller kedailah yang promote habis-habisan. Tengok ni. Anda hanya perlu isi borang sahaja.Then dapatlah paper ni.. Nak tahu, boleh baca ya ;
Klik gambarajah untuk perbesar

Ada free gift jam untuk kanak-kanak pula tu. Lepas bagi anak, nampak sehari saja. Esoknya dah hilang. Mulanya plan nak beli lactogen. Tapi tak jadi pula. Sebab kandungan nutrien Dugro ni tinggi juga. Plus, harganya lebih murah. Dugro ni lebih tinggi kandungan Dha dari lactogen. Buat saya risau pula ho ho.. anak saya ni dah memang cukup hyperactive.


5 manfaat utama nutrisi susu dugro 1-3 tahun :

1. Dha 51.2 mg - Perkembangan otak
2. icFos -Kandungan serat
3. Vitamin A - Untuk kesihatan kulit dan mata
4. Protein - tumbesaran
5. Kalsium - Tulang & gigi

Susu dugro 1-3 tahun ni ada juga jenis lain. Pek Kuning. Lebih kepada khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran. (Fruit & vege). Baik untuk budak yang tak makan sayur. Boleh trylah next time. ^_^

Nak beli perisa coklat, pek kecil tiada stok pula. Then beli sajalah pek besar 660gram berat bersih. Jika anda nak tahu, beli susu pek kecil lebih baik dari pek besar ya. Sebab nutrien tak cepat hilang. Lebih kerap ia terdedah kepada udara, lebih banyak nutrien hilang. Lain kali saya akan share dengan anda cara penjagaan susu tepung kanak-kanak ^_^

Disebabkan budak ni memang tak suka sarapan. Dia hanya makan snek ringan saja. So, saya lebih suka beli ni... coco crunch.. Saya campurkan susu perisa coklat dugro ke sarapannya.. Dia kerap juga minum susu dugro dengan botol susu, lebih dari 3 kali sehari. Sebelum tidur pun nak menyusu dugro. Masa tidur, nak breastfeeding juga... Pastikan botol susu anak anda BPA free... lebih selamat.


Jangan tak tahu, susu ni buat berat anak lebih cepat naik.. Berat anak saya juga dah naik ke 16kg.. Terkejut juga...Aduhai. Mulanya hanya saya perasan anak tambah gemuk. Tapi husband tak percaya pula. Takkanlah baru sehari dua minum dah jadi gemuk. Berat anak kami pada minggu lalu 15kg sahaja. Timbang semalam, betul! 16kg. omg... Naik sekilo tu mustahil juga. Tapi beratnya naik mendadak rasanya dalam beberapa ratus gram jugalah. Tujuan saya setuju nak dia lebih suka minum susu botol ni supaya dia tak suka breasfeeding kononnya. Mummy want to rest breastfeeding for a while before having next baby. Tapi nampaknya tak menjadi jugalah ya. Dia masih setia kepada breasfeeding dalam masa yang sama...she need both..T_T

Takut juga anak jadi obes.. cadangan dari mr.husband, cukuplah dugro untuk kali ni saja. Continue dengan breastfeeding. Buat masa ni, kami just monitor body weight anak. Takkan nak buang susu tu.. sayang pula kan. Tapi buat parents diluar sana yang nak naikkan anak mereka yang low body weight, bolehlah try dugro ni... Ambil perisa coklat..

Tu saja. Semoga bermanfaat. ^_^

Bagi anda yang nak tahu pengalaman saya dengan susu anmum, boleh baca lebih lanjut disini :

Susu Anmum Buat Anak Lebih Bijak ?


4 comments :

  1. Hi Jane... anak saya yang 1st pun minum Dugro juga perisa asli, tapi so far berat dia ok ja , just recently dia stop minum Dugro, tukar selera ke DutchLady la pula T_T..
    anak yang kedua still fully breastfeeding (16 months now) , hajat dihati memang mau anak ke-2 ni start susu formula + Bf , tapi dia still refuse untuk minum susu botol ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mrs Pip... nak pujuk anak yang fully breastfeed minum susu botol memang susah. Anak pun dah tahu apa yang terbaik untuknya...Hee...^_^

      Delete
  2. Macam mna nk buat kalau ank x mau mnyusu botol?da mcam2 ssu da cuba

    ReplyDelete
  3. Susu dugro asli OK x untuk naikkan berat badan.. And sy umo 1y9m 10.5kg

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.