Wednesday 20 May 2015

Apa itu Hosted Akaun Dan Non Hosted Akaun Google Adsense ?

Sebelum ini, saya ada berbicara mengenai blog saya yang dah dapat hosted akaun untuk adsense. Buat readers yang belum membaca artikel tersebut, bolehlah terjah disini.

Dah Dapat Hosted Akaun Google Adsense 2015 

Okay. Mula-mula kita fahami serba sedikit tentang Hosted Account Google Adsense. 

Seperti yang saya gunakan sekarang. Jika anda menggunakan domain blogspot.com, mohonlah melalui dashboard anda. Lebih mudah. Biasanya anda akan dapat Hosted Account. Sama juga bagi adsense youtube, hosted akaun.

Akaun ini cuma dikhaskan untuk domain dan hosting milik Google sahaja. Kelebihan akaun ini adalah lebih mudah untuk anda mendapatkannya. Saya juga berjaya mendapatkan akaun ini dalam masa yang cukup singkat..

Tapi, sebelum mengorak langkah untuk memohon adsense. Pastikan entri blog dah cukup. Original dari penulisan anda sendiri. Jangan copy paste artikel orang lain ya ^_^.. Kerana hal ini memang tak disukai oleh seacrh engine dan google.

Jika anda mempunyai lebih dari satu blog yang berdomainkan blogspot. Anda boleh letak kesemua iklan diblog anda tu ya. Tak perlu risau. Jangan letak iklan pada blog anda yang berdomainkan .com/ .net / .cc dan TLD jenis lain. Walaupun iklan anda berjaya keluar, setiap klik yang anda dapat dikira invalid. Rugi tak? Kelebihan akaun jenis ini adalah selain mudah untuk anda dapat, ia juga kurang sensitif. Sukar untuk diban kecualilah anda melanggar terma dan syarat yang mereka tetapkan seperti 'klik disini' dan sebagainya.

Untuk publish iklan dari adsense, anda hanya perlu copy paste sahaja kod dan letak pada ruangan HTML. Sama seperti nuffnang. ^_^

Untuk akaun non hosted Google Adsense

Akaun ini dikhaskan untuk blogger yang menggunakan domain dan hosting bukan milik Google. Jadi ia lebih dianak tirikan. Ho ho.. Bagi anda yang berdomainkan .com dan lain-lain, anda akan dapat akaun non hosted. Akaun ini boleh dipasang disemua platform.

Akaun ini lebih sensitif, ia lebih mudah diban.

Untuk memohon akaun ini, prosesnya agak rumit sedikit. Google agak sedikit strict nak bagi orang luar masuk rumah. Ho ho..

Saya harap anda dah faham serba sedikit mengenai akaun adsense ini.

~Selamat menjana pendapatan dengan adsense.





3 comments :

  1. Dear All,
    Saya akan cuba dapatkan account AdSense hosted via Google the next with follow up

    ReplyDelete
  2. Saya dah dapat hosted akaun tetapi, bila saya letakkan iklan, ia tidak muncul. Dan lagi satu bolehkah ads code tu letak di blog .com tetapi guna hosting blogspot?

    ReplyDelete
  3. Saya dah dapat hosted akaun tetapi, bila saya letakkan iklan, ia tidak muncul. Dan lagi satu bolehkah ads code tu letak di blog .com tetapi guna hosting blogspot?

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.