Saturday 23 May 2015

Beli Asus Zenfone 2 ataupun Samsung Galaxy S6 Edge ?

Asus Zenfone 2 ataupun Samsung S6 Edge, Mana lagi best ?

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua android ini memang mendapat sambutan yang cukup hangat. Ia dibandingkan oleh ramai peminat smartphone kerana samsung S6 edge merupakan keluaran terkini milik samsung 2015. Kita tahu yang samsung antara pengeluar smartphone yang berkualiti dan menjadi pilihan ramai pengguna telefon pintar.

Bagaimana dengan zenfone 2 pula ? Zenfone 2 adalah salah satu produk smartphone keluaran Asus. Ia dihasilkan dengan 4GB ram pertama didunia.  Fuh ! Mengalahkan samsung yang setakat ini mempunyai ram paling tinggi 3GB sahaja. Sebab itulah keluaran zenfone 2 sangat dinanti-nantikan.

Bagi anda yang mungkin tak tahu, Asus adalah brand yang paling lama dan bertahan wujud sebagai pengeluar barang elektronik berkualiti.

Jom terjah feature dan kehebatan kedua-dua smartphone ini.


Untuk rekaan dan bentuk zenfone 2 ini, ia memaparkan sedikit kelainan berbanding zenfone sebelum ini.


Contohnya zenfone 4,5 dan 6 dibingkaikan dengan plastik 100%.

Kali ini, zenfone 2 dibingkaikan dengan material logam. Ia adalah bonus buat penggemar zenfone.



Ada lima warna telefon pintar yang dihasilkan, iaitu osmium black, sheer gold, glacier gray, glamor red dan ceramic white. 



Bagi paparan/ display zenfone 2, 
Paparan skrin 5.5 inci.
1920 x 1080 (HD penuh)
400 nits brightness, corning gorilla glass 3

Processor 
64-bit intel atom Z3580
Quad core processor
(Running at 1.8/2.3)
Power VR series 6 -G6430.

Memori
LPDDR3 2Gb/ 4Gb
Micro SD card support
Up to 64Gb
16Gb / 32Gb / 64Gb Rom Asus
WebStorage 5Gb (lifetime)

Kamera Hadapan
5MP
f /2.0-aperture, wide-angle
(85 degree- lens with selfie panorama)

Kamera Belakang
13MP
f / 2/0-aperture, 5-element
auto-focus lens with dual colour
real tone flash

Connection dan bateri
802, 11ac
Wi Fi direct
Bluetooth 4.0
NFC 3000mAH, lithium polymer
Fast Charging technology                                                  

Dimensi 
Panjang 152.5mm
Lebar 77.2mm
Tebal 10.2mm
Berat 170gm


Bagaimana pula dengan Samsung Galaxy S6 Edge ?




Jika saya lihat design samsung S6 edge ni, rasanya inilah sebab S6 mendapat namanya. Rekaan yang unik pada tepi smartphone. Memang berbeza dari rekaan samsung sebelum ini.

Galaxy S6 edge ini dikeluarkan seiring dengan S6. Ciri-ciri kedua smartphone ini hampir sama namun rekaannya berbeza.

Bagi Smartphone Galaxy S6 edge, pilihan warna untuk S6 edge adalah black sapphire, white pearl, gold platinum dan green emerald.



Warna Green Emerald merupakan warna yang eksklusif untuk Galaxy S6 edge.

Info : Pakar psikologi menyifatkan mereka yang tertarik dengan warna green emerald keluaran samsung adalah individu yang seimbang. setia, rajin, jujur, baik hati dan mengambil berat terhadap orang lain.

Display / paparan
Super AMOLED capacitive, touchscreen
Paparan 5.1 inci
Corning gorilla glass 4, back panel
Nano-sim
Fingerprint sensor

Processor
Android OS ,v5.0.2 (lollipop)
Exynos 7420
Quad core 1.5 GHz cortex-A53
& Quad core 2.1GHz cortex-A57

Memori
No card slot
32Gb / 64Gb / 128 Gb
3Gb ram

Kamera Hadapan
Utama : 16MP , 2988 x 5312 pixels
optical image stabilization
autofocus, LED flash

Kamera belakang
5MP, 1440p@30p, auto HDR

Connection Dan bateri
wireless charging (Qi/ PMA)-market dependent
OneDrive (115 Gb cloud storage)
Browser HTML 5
Non removable Li-ion 2600 mAH battery

Dimensi
142.1 x 70.1 x 7.7mm ( 5.59 x 2.76 x 0.28)
Berat : 133gm

Harga bagi smartphone samsung Galaxy S6 edge dipasaran malaysia adalah average Rm 3099. Bagi Asus zenfone 2 adalah average Rm 1099.

Kenapa Asus zenfone 2 dibandingkan dengan Samsung Galaxy S6 edge ? Kerana smartphone ini boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik pada kualiti yang sama bermutu.

Bagi anda yang suka main game pada android, 4gb ram ini sangat sesuai untuk anda. Tapi, Walaupun zenfone 2 dikatakan mempunyai 4gb ram, namun kelajuan ujian yang dilakukan a.k.a test speed menunjukkan samsung galaxy S6 edge lebih pantas.

Apapun, hendak beli smartphone, belilah ikut kemampuan ^_^. Jika anda mempunyai budget lebih, bolehlah fikir untuk beli samsung galaxy S6 ini. Zenfone 2 pun boleh tahan juga bagi mereka yang kurang budget !

Penulis : Informasi ini tidak menjanjikan ketepatan produk 100%. Untuk sebarang pembetulan dan penambahan, anda boleh drop komen dibawah.

Terima kasih kerana membaca ^_^

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.