Monday 4 May 2015

Gagal Buat Duit Dengan Nuffnang? Jana Pendapatan Lumayan DiBlog Dengan Menulis Review

Anda dah lama berkecimpung dalam dunia blog tapi belum meraih sesen pun dengan nuffnang ? Jangan susah hati ya. Walaupun nuffnang adalah program ppc (pay per click) yang agak lumayan, masih ada program ppc yang anda boleh gunakan untuk blog. Contohnya komli, adsense, innity, geniee ssp, bidvertiser, chitika, linkworth dan ratusan lagi media pengiklanan.

Tapi, anda kenalah rajin google dan research mana media pengiklanan yang terbaik untuk blog dan membayar anda. Bukan semua media pengiklanan ni bagus untuk blog kita. Ada sesetengah iklan bagi saya yang agak menganggu pembaca. Headline menarik pun tak guna. Nak baca artikel pun payah. Tak boleh tekan close pula tu. Bila tekan close, dia bawa kita ke laman web lain pula. Biasanya saya akan exit saja daripada laman web sebegini.

Untuk menjana keuntungan lumayan daripada ppc seperti nuffnang, blog mestilah mempunyai trafik yang tinggi dan menerima ribuan visitor setiap hari. Mereka yang memperoleh pendapatan konsisten daripada ppc adalah mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia blog dan mempunyai artikel beratus-ratus atau lebih dari 1 ribu. Nak jadi blogger berjaya bukan mudah. Makan tahun juga tu. Dalam dunia blogging, Kejayaan tak datang sekelip mata. Ia adalah usaha yang cukup lama. Bukan mudah memerah idea untuk membuat artikel. Kalau anda tak minat menulis artikel dan anda hanya berminat untuk menjana pendapatan saja, blog anda berisiko jadi blog terbengkalai. Usaha hanya separuh jalan. Ho ho.. jadi kena banyak bersabar ya..

Jika blog anda baru berusia setahun jagung, masih ada alternatif lain untuk anda jana pendapatan dengan blog. Saya mula berblog sejak tahun 2011. Tapi blog saya yang anda sedang baca ketika ini masih cukup baru. Baru berusia beberapa bulan. Bayi lagi tu. Fuh! Bukan mudah mengembangkan blog yang masih baru. Saingan cukup hebat. Sesetengah artikel blog saya masih belum tersenarai pada muka depan search engine.. Hmm.. Untuk pengetahuan reader. Antara program yang disukai para blogger adalah program affiliate, promosi produk ataupun ebook orang lain. Tapi untuk artikel kali ini, saya lebih suka share dengan anda jana pendapatan dengan Advertorial.MY. 


Bagi anda yang tak tahu apa itu advertorial.MY, ia bukan program ppc ya  ^_^.. Tapi ianya berfungsi sebagai media pengiklanan juga. Ada dua kategori dalam advertorial ni. Jadi advertiser ataupun jadi publisher. Kalau anda ada produk ataupun servis sendiri, bolehlah jadi advertiser.

https://advertorial.my/dap/a/?a=3943

Upah blogger lain untuk buat review mengenai produk/servis anda. Tapi jika anda nak buat duit dengan menulis review, daftarlah sebagai publisher dan jana keuntungan dari blog anda. Setiap review berharga dari Rm30- Rm350... Lumayan bukan ? Nak harapkan keuntungan dari program pay per click dari blog yang masih baru, seminggu pun belum tentu boleh capai Rm10..

Saya paparkan serba sedikit mengenai Advertorial.my
(Sumber informasi ini adalah dari laman web advertorial.MY)


Apa Itu Advertorial? 
Jika anda kali pertama mendengar perkataan advertorial, ini adalah sedikit penerangan tentang maksud advertorial dan kegunaan. Advertorial adalah daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial. Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis ulasan untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang di minta oleh pengiklan.
Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.
Teknik pengiklanan begini telah lama wujud dan amat berkesan kepada pengiklan. Sama ada anda sedar atau tidak, setiap hari anda di hidangkan dengan advertorial melalui kaca TV, akhbar, majalah, blog dan lain – lain saluran media.

Bagaimana Nak Buat Duit?
Melalui laman advertorial.MY anda boleh buat duit dengan mengiklankan blog anda di sini dan tawarkan khidmat advertorial kepada pengiklan yang berminat.
Setiap advertorial anda boleh kenakan harga bergantung kepada permintaan pengiklan. Kebiasaan advertorial di letakan harga mengikut jumlah patah perkataan dan populariti blog. Harga terpulang untuk anda tentukan sendiri sebab ia khidmat anda, blog anda dan anda punya suka apa harga yang hendak di kenakan kepada pengiklan.

Berapa Anggaran Pendapatan dengan advertorial.MY ?
Tiada jumlah sebenar yang dapat di anggarkan di sini kerana pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak advertorial job yang anda dapat setiap bulan. Ia juga bergantung kepada kualiti penulisan, ranking blog, populari blog dan jumlah trafik untuk menarik minat pengiklan. Mulakan tawaran anda pada base price, kemudian tawarkan (upsale) addon untuk pengiklan buat tambahan. Pecahkan kepada beberapa addon dan cadangkan & terangkan kepada pengiklan kebaikan untuk upgrade. 

Andaikan dalam sebulan anda cuma dapat 3 advertorial job dengan upah RM50.00 untuk satu job iaitu pada base price, pendapatan anda di anggarkan sebanyak RM150.00 tanpa addon. Kemudian upsale dengan addon sticky post dengan tambahan RM50.00 lagi setiap artikel, jumlah akhir anda akan dapat adalah RM100.00 setiap artikel. Jumlah keseluruhan untuk 3 artikel dari 3 pengiklan adalah RM300.00. Anda boleh fikir apa yang boleh di tambah sebagai addon advertorial anda. 

Malah anda boleh tawarkan pada pengiklan untuk terbitkan artikel di beberapa blog milik anda dengan sedikit bayaran tambahan. Tawaran dengan base price lebih menarik perhatian, berbanding pakej yang kadangkala ia tidak di perlukan oleh pengiklan. Tapi apabila anda upsale, tidak mustahil pengiklan akan membeli dan membayar pada harga pakej. Yang penting dapatkan inquiry dan pegang pengiklan dulu, sebelum offer tambahan addon pakej. Tempoh 30 minit atau kurang untuk menulis satu artikel berkenaan produk pengiklan dan di bayar RM100.00, ia lebih dari berbaloi untuk kerja semudah itu.
Disclaimer: Nilai yang di anggarkan di atas hanya sebagai CONTOH untuk pemahaman anda sahaja, berapa caj yang anda kenakan adalah terpulang kepada anda sendiri.


Harga yuran keahlian sekali sahaja
Bagi tempoh terhad, yuran keahlian hanya RM59.90 sahaja. Tiada sebarang kontrak, anda boleh batalkan keahlian pada bila – bila masa. Bayaran boleh di buat mengunakan PayPal untuk akses serta merta atau Bank Transfer untuk bayaran secara manual. 


Yuran keahlian ini sebenarnya cukup kecil dan mampu milik jika di bandingkan dengan potensi yang akan anda perolehi apabila pengiklan mula membuat tempahan khidmat advertorial daripada anda nanti. Dengan hanya 1 atau 2 tempahan dari pengiklan, anda sudah cukup untuk cover yuran keahlian dengan kami.


 Untuk Frequent ask question (FAQ) seperti dibawah, anda hanya perlu ke laman Web advertorial.MY dan baca lebih lanjut.


https://advertorial.my/dap/a/?a=3943&p=advertorial.my/blogger
 


Apa yang best mengenai advertorial ni, setelah anda daftar sebagai publisher, anda akan dapat :
 
 1.  Akses penuh ke laman ahli.
 2.  Pendedahan kepada pengiklan berpotensi dari seluruh Malaysia.
 3.  Tawaran anda akan di emel kepada pengiklan setiap kali anda iklankan atau memperbaharui iklan.
 4.  Di perkenalkan kepada ribuan pengiklan berpotensi baru setiap bulan.
 5.  Advertorial job berulang daripada pengiklan yang sama seumur hidup.
 6.  Pendapatan yang sangat lumayan sebagai blogger sambilan atau sepenuh masa.
 7. Tip & saranan untuk meningkatkan jumlah pendapatan anda.
 8.  Saranan kepada “Tools” untuk menambah baik & meningkatkan prestasi blog.
  9. Peluang dan idea untuk memaksimumkan pendapatan anda melalui blog.

Untuk informasi penuh anda boleh baca lebih lanjut di  Advertorial.MY



 

6 comments :

  1. artikel yg sangat2 informatif.saya pun baru berkecimpung dalam blogging.seminggu cuma dapat kurang dari RM1.50 daripada CPC.

    ReplyDelete
  2. Hmm... blog saya pun baru 6 bulan... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hannan.. tak mengapa.. 6 bulan tu masih baru sangat lagi..teruskan blogging... ^_^

      Delete
  3. :) suka la entry ni ...
    thanx fo share share ya entry ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.