Monday 11 May 2015

Kenapa Saya Pilih Merancang Cara Semulajadi ?

Nak menjarakkan usia kehamilan, ada dua jawapannya. Samada pilih secara semulajadi atau menggunakan bantuan alat cegah hamil dan makan pil perancang.  Sebelum menjelaskan kenapa saya memilih merancang semulajadi, saya jelaskan serba sedikit menngenai perancang bukan semulajadi.

Jenis-jenis perancang bukan semulajadi

Selama saya bergelar ibu dan isteri. Saya hanya tahu 6 jenis perancang ini saja. Saya huraikan baik buruk jenis perancang ini.

Kondom


Bagi saya kondom adalah antara perancang yang agak selamat untuk digunakan. Kerana ia tidak akan menganggu ovulasi atau kitaran haid wanita. Hormon wanita juga tidak terganggu. Anda hanya perlu waspada dengan risiko bocor. Namun hal ini jarang berlaku.  Sesetengah wanita mengakui penggunaan kondom kadangkala menyakitkan dan 'kurang mesra alam' kerana menghalang skin to skin contact. Apapun bagi anda yang tak mahu makan perancang, kondom adalah antara alternatif yang selamat untuk mencegah kehamilan. Kondom yang dikhaskan untuk wanita pun ada juga. Cuma cara ini agak kurang laku.

Pil perancang / kontrasepsi



Banyak juga wanita yang mengamalkan kaedah makan pil perancang. Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu makan pil setiap hari. Cara makan ubat ini akan diterangkan oleh jururawat / bidan yang memberi bekalan ubat pada anda. Saya kurang jelas cara makan pil kontrasepsi ini kerana tak pernah lagi makan ubat perancang. Bagi saya kaedah ini adalah kaedah pertama yang saya akan reject dan akan jadi pilihan saya yang terakhir. Ia bukan sahaja menganggu kitaran haid dan hormon, malah boleh menyebabkan melasma ataupun bintik coklat pada wajah.

Saya juga mendapat info daripada rakan lama mengenai mak ciknya yang sukar mengandung kerana tiub falopio tersumbat disebabkan pil perancang. Sesetengah wanita yang berhenti makan ubat perancang dan merancang untuk hamil semula berkemungkinan sukar mengandung untuk tempoh yang lama. Ini disebabkan hormon telah berubah dan kesuburan telah berkurang. Ibu saya sendiri mengalami hal ini dan menjadi punca saya dan adik mempunyai jarak usia yang cukup jauh iaitu 15 tahun.

Emergency Pil
Pil kecemasan ini juga dikenali sebagai morning after pill. Pil ini diambil secara oral jika anda dan pasangan melakukan seks tanpa perlindungan. Tak perlulah anda risau hamil. Beli saja di farmasi. Pil ini dikenali sebagai postinor 2. Saya pernah menggunakan tablet pencegahan ini dua kali sahaja sebelum ini. Dalam 1 kotak postinor 2 ini ada 2 tablet. Makan sebiji untuk 48jam pertama. Biasanya saya akan makan dalam masa 24jam . Dan tablet yang 1 lagi adalah selepas 12jam dari tablet pertama.

Emergency pil tidak boleh diambil terlalu kerap kerana pil ini mengandungi sejumlah kandungan hormon yang tinggi. Pastikan kali terakhir anda makan postinor 2 sekurang-kurangnya 3 bulan lalu (safety purpose). Anda terdedah kepada steroid yang merbahaya untuk ovari. Please take note!


Implan


Kaedah ini digunakan dengan melakukan implan / tanam kapsul lembut yang mampu cegah hamil pada lengan wanita. Di kawasan berdekatan pergelangan siku. Ia disimpan selama 3 tahun. Implan ini juga menganggu menstrual cycle wanita. Impan mempunyai risiko yang tinggi seperti boleh menyebabkan darah beku deep vein thrombosis, pendarahan vagina dan kanser.


IntraUterine Device


Ia juga dikenali sebagai IUD. Alat kecil ini dipasang dekat pada permukaan depan pintu serviks. Ia menghalang sperma daripada masuk ke ruang ovari. Bagi ibu-ibu yang memasang Iud, pastikan anda melakukan regular check up untuk device ini. Saya pada mulanya ingin memasang alat Iud untuk cegah hamil tapi berubah fikiran setelah mengetahui kakak kepada teman baik saya yang menggunakan kaedah ini, mendapati alat ini mudah melekat pada daging dalam jangkamasa panjang.

Tempoh penggunaan Iud ini adalah 3 atau 5 tahun. Sesetengah wanita mengakui penggunaan Iud menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit ketika bersama suami. Iud boleh menyebabkan kehamilan diluar rahim jika masih digunakan selepas tempoh expired.


Suntikan



Suntikan untuk cegah kehamilan perlu diambil setiap 3bulan. Side effectnya sama seperti makan pil hormon. Menyebabkan kitaran haid dan hormon berubah. Kaedah ini pun saya tak pernah terfikir lagi nak guna.

Semulajadi

Saya memilih untuk mengamalkan kaedah merancang secara semulajadi kerana ia selamat dan tanpa kesan sampingan. Ada dua cara merancang semulajadi, samada rancang (i) guna kalendar kira tarikh subur ataupun (ii) buang luar sahaja.

Bagi lelaki, cara kedua mungkin agak menyeksakan.

Saya menggunakan cara rancang semulajadi cara (i).. Berjadual. So ia memang fair and square. Suami kenalah juga berkorban untuk isteri. Kaedah ubatan dan alat kan tak selamat 100%. Untuk kaedah ini, lelaki juga berpeluang melakukan ejakulasi dalam mengikut tarikh wanita yang tidak subur.

Walaupun telah ramai yang gagal menggunakan kaedah ini, saya telah pun mengamalkannya selama 3 tahun . Saya merancang bukan kerana tidak mahukan rezeki anak. Tapi atas dasar kesihatan ya ^_^..

Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut cara merancang dengan kalendar, boleh baca lebih lanjut disini.

Bagaimana mengira hari subur dan tidak subur dengan selamat

7 comments :

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. sy masih pening nak pilih yang mana huhu. tq share

    ReplyDelete
  3. Saya pernah makan jenis yg emergency pil tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu pernah makan pil perancang tu ker yang seperti dalam gambar

      Delete
  4. Pancut dalam 18hari selepas period.. selamat

    ReplyDelete
  5. Kalau satu bulan belum datang bulan tu kira sda itu .?saya x faham banyak..tolong admin jelaskan

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.