Tuesday 2 June 2015

Adakah Gambar Ini membuktikan Bahawa Manusia Telah Berjaya Kembali Ke Masa Lalu ?

Untuk kembali ke alam lalu sememangnya sesuatu yang amat sukar dipercayai dan sangat mustahil. Hanya kuasa Tuhan yang menentukannya.

Namun, adakah manusia cuba menentang kejadian alam ?  Sehingga berusaha untuk balik ke masa lalu. Jika benar manusia telah pergi ke alam lalu dan cuba mengubah sejarah. Apakah yang akan terjadi pada masa hadapan.?

Melalui kajian dan teknologi moden, banyak penemuan yang menjadi teka teki adakah mesin menjelajah masa telah wujud dan dirahsiakan.

Ataupun bakal wujud di masa hadapan. Tetapi hasil jelajah tersebut telah ditemui pada zaman ini.

1. Bukti Penemuan Pada Makam Cina Lama


Pada disember tahun 2008, arkeologi china telah mengeluarkan sebuah keranda gergasi makam Si-Qing yang dipercayai tidak pernah diganggu sesiapa sepanjang 400tahun.

Bagaimanapun penemuan logam kecil iaitu jam tangan dengan jenama 'swiss' dibelakang amat mengejutkan. Masa tercatat pada jam 10.06.


2. Gambar Penjelajah Masa Ditangkap ?
Jika anda perhatikan gambar ini. Mungkin tiada apa yang pelik ? Tetapi perhatikan pakaian mereka, pasti anda menemui pakaian manusia yang luar biasa pada zaman lalu.

Gambar ini muncul pada laman online Muzium Maya kanada, yang kaya dengan sejarah dan budaya kanada. Gambar ini diambil semasa pembukaan semula jambatan selatan pada awal  tahun 1940 an.

Hari bersejarah ini pastinya menarik perhatian ramai.
Namun, munculnya seseorang yang memakai cermin mata hitam, jaket, sama seperti trend pemakaian moden. Adakah beliau adalah penjelajah masa ?


3. Lagi penemuan gambar dan video penjelajah masa ?



Menurut sejarah manusia, telefon bimbit pertama telah dicipta pada bulan april 1973.

Tapi pada tahun 1928, menerusi video Charlie Chaplin The circus, mereka telah menemui gambar wanita dalam video yang sedang memegang telefon bimbit. Perhatikan video ini.


Video di bawah juga menunjukkan gambar wanita yang sedang bercakap pada telefon bimbit pada tahun 1938.



Ia merupakan daripada rakaman yang diambil ketika orang ramai sedang keluar dari kilang DuPont di Massachusettsas.



4. Cakera padat pada tahun 1800 ?



Lukisan ini telah dilukis oleh seseorang pada awal tahun 1800. Ia menunjukkan gambar seseorang yang sedang memgang sebuah kotak cd yang cantik.

Bentuk tutupnya kelihatan persis plastik. Tetapi bentuk plastik hanya wujud pada pertengahan tahun 1800. Cakera padat pula hanya muncul sekitar tahun 1980 an.

5. Perjalanan ke Gettysburg oleh Andrew D. Basiago


Andrew D. Basiago mendakwa telah mengambil bahagian dalam projek pegasus. Operasi rahsia DARPA oleh kerajaan pada tahun 1970. Beliau mendakwa bahawa gambar diatas diambil semasa menjelajah masa pada 19 november 1863. Beliau mendakwa  budak lelaki yang berada di tengah-kiri adalah dirinya.

Info : Sebenarnya masih ada banyak penemuan yang menjadi teka teki manusia telah berjaya kembali ke masa lalu. Contohnya simbol teknologi moden seperti helikopter yang ditemui pada lakaran 3000 tahun lalu.

Terlalu banyak perihal misteri yang berlaku dalam dunia ini yang kadangkala tiada jawapannya. Renung-renungkan ~



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.