Monday 10 August 2015

Tutorial Anak Patung Felt : Langkah Demi Langkah Buat Felt Barbie

Hellosss reader. Tutorial ini merupakan projek 'do it yourself' yang saya ingin share dengan anda yang meminati kraftangan felt. Kraftangan ini merupakan permintaan dari anak perempuan saya yang baru berusia 3 tahun.


Sudah agak lama juga dia meminta saya menjahit anak patung untuknya. Tapi, kali ini, barulah saya dapat 'curi' peluang untuk buat felt barbie dan sekaligus menulis tutorial untuk anak patung ini.

Apa yang bagus mengenai anak patung felt ialah kainnya yang lembut dan sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah. Ia tidak keras seperti mainan plastik yang berlambak di pasaran.

80% pembuatan anak patung ini berasaskan kain felt. Kecualilah rambut anak patung.

1.  Apa yang anda perhatikan dalam gambar ini adalah corak tubuh anak patung yang telah siap digunting. Ia terdiri dari 2 corak bulat untuk kepala, tangan 2 corak, kaki 2 corak dan corak yang anda lihat seperti pagar dibawah adalah bahagian yang digunakan untuk menutupi dagu dan kepala patung.

2. Lukis bentuk yang anda inginkan dahulu pada kertas, kemudian barulah potong mengikut pattern. Gunakan jarum peniti agar bentuk dapat digunting dengan lebih tepat.

3. Saya mulakan menjahit pada bahagian kaki felt dahulu. Gunakan kaedah jahit 'Blanket Stitch'.

4. Ni contoh corak jahitan yang anda akan lihat. Saya hanya jahit separuh bahagian kaki anak patung felt dan masukkan kapas menggunakan material seperti penyepit besi dibawah. Selepas siap memasukkan kapas, saya sambung semula menjahit hingga habis bahagian kaki anak patung felt.


5. Jahit menggunakan blanket stitch pada bahagian tangan dan cantumkan dengan tubuh anak patung. Seterusnya, cantumkan dengan kesemua anggota-anggota lain. Anda boleh lihat pada gambar-gambar dibawah. 
 
6. Anggota tubuh barbie felt yang telah siap digabungkan. Jahit 1 pattern kepala. Cantumkan pada tubuh.


7. Okey. Sekarang kita ke bahagian yang agak complicated dalam pembuatan barbie felt. Iaitu muka barbie doll ni..Hehe.. Wajah anak patung seperti yang anda lihat dibawah ini saya kait sepenuhnya. Untuk memastikan ukuran mata dan kening tepat, saya lukis menggunakan pen dahulu sebelum menutupinya dengan benang.

8.Saya gunakan benang kait untuk rambut anak patung. Guna warna brown nampak sangat comel ho ho ! Saya gunting lebih kurang 10-15 helai benang untuk rambut depan anak patung. Kemudian, trimm !


 9. Gunting benang kait mengikut panjang yang anda inginkan. Kemudian, ikat pada bahagian tengah. Untuk rambut pada bahagian kanan dan kiri. Letak atas kepala patung dan jahit.




10. Gunting beberapa helai benang kait untuk bahagian belakang kepala, Lagi tebal lagi baik ! Rambut pada bahagian belakang, saya jahitkan pada pattern kepala yang 1 lagi.

** Saya harap anda faham bahagian ini T_T

11. Dah siap mencantumkan keseluruhan anggota tubuh serta rambut barbie felt.

12. Ooopss. Takkanlah nak biarkan barbie comel ni tak mempunyai pakaian.. Sekarang ni, buat baju pula. Baju yang saya jahit simple sahaja ya ^_^.. Mudah kan ?!


13. Baju barbie boleh dibuka dan dipakaikan pada bila-bila masa. Pakaikan pada patung dan pasang tali pinggang berasaskan felt juga .


14. Barbie felt telah siap dengan kasut bootnya sekali ! So, saya nak tambah sedikit decoration pada bahagian baju untuk elak ia nampak terlalu plain.


15. Taraaa....Happynya anak kecil dapat patung yang diidamkannya !





Joommm Shooting !! ^_^


Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga tutorial ini mampu memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan patung kraftangan sendiri... ^_^

Baca my next doll entry : Jahit anak patung kain sebagai hobi baru ( Bhgn I )

3 comments :

  1. your daughter likes it very much!

    ReplyDelete
  2. Wow cantiknya 😍😍😍😍😍😍😍😘😘😘😘😘😘

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.