Wednesday 25 November 2015

Jururawat : Senarai Semak Barang Keperluan Sebelum Masuk Kerja

Bila sebut pasal barang keperluan jururawat, teringat zaman pahit manis dan suka duka sebelum masuk bekerja. Terkial-kial juga hendak menyediakan barang keperluan yang penting. Ho ho.. Entri ini saya khaskan untuk adik-adik junior yang bakal bergelar jururawat secara sah ! Namun, tiada masalah untuk anda baca walau siapa pun anda.

Entri ini nampak remeh temeh sahaja. Tapi, masa mula-mula hendak masuk kerja. Saya google dengan bersungguh-sungguh tau checklist ni. ^_^

Semasa kita dah masuk bekerja, biasanya kita akan diberi loker sendiri. Ni pun agak lama juga sebelum saya mempunyai loker sendiri. Kena tumpang simpan barang dengan senior yang baik hati. Sebenarnya, apa yang penting bagi jururawat baru bukanlah kebendaan tapi emosi. Sebab kita akan berhadapan dengan terlalu banyak cabaran. Tekanan kerja, orang sekeliling, pesakit dan pelbagai lagilah. 

Wad tempat saya bekerja sebenarnya terlalu luas ! Jadi nak ambil barang pun satu hal. Semua benda kena ready dalam poket atau kaunter.. hu hu..Apapun, senarai ini tidak semestinya sesuai untuk anda. Ia bergantung pada wad dan penempatan anda.

Bila dah beberapa tahun bekerja..Kita dah tahu apa barang keperluan yang penting-penting ni. Jadi tak salah anda pelajari senarai semak yang perlu untuk jururawat. Memandangkan loker saya sendiri dah hampir penuh. Tak sedar ia dah jadi padat didalam. Saya pun bawa kesemua barang-barang ni balik. Ada yang perlu dibersihkan dan ada yang sememangnya tak perlu. Harus dibuang.

Beg tangan yang saya khaskan untuk dibawa ke tempat kerja pun hampir seberat 1 kg. Percaya tak.. ha ha...  So, dengan cuti 2 hari ini, saya kemaskini barang-barang keperluan saya..

Taraaaaa~



Inilah barang-barang yang saya miliki ~

Hingga ke hari ini, senarai barang-barang ini teramatlah memberi bantuan kepada saya.

Pertama-tama
Pada awal-awal kita masuk sebagai jururawat, kita tak akan masuk tempat kerja dulu. Kita akan menghadiri mingguan orientasi dulu. So dokumen-dokumen kena lengkap. Biasanya untuk 1 dokumen penting, saya dah siap photocopy beberapa keping. Mana yang perlu disahkan, saya akan minta pengesahan juga. Gambar pasport berpakaian lengkap jururawat, saya cuci lebih 10 keping. Memang kena guna banyak wooo...

Senarai semak barang ~

~ Pastikan anda ada nametag, kalau tiada simbol Kkm pun tak mengapa. Name tag item ni jika anda perhatikan saya dah blurkan sedikit. Bukan apa. Cuma privacy sikit. Ho Ho

~ Jam : Biasanya saya akan sangkut sekali dengan name tag dan terus pakai., padat tak I ?

~ Lencana jururawat (berwarna hijau) : Bila tengok junior-junior jururawat, rajin tengok diorang pakai ni. Tapi, bagi saya ini pilihan sahaja untuk saya guna. Bukannya apa, takut pula hilang. Saya tengok ada juga jual replika lencana jururawat ni, bezanya warna agak pudar sedikit. Kalau nak guna sekadar hiasan, bolehlah beli. Item ni tiada dalam gambar ya.



Leher : Dengan tali ni, dan keychain serbaguna 'buah tangan' my bro dari hongkong, teramatlah membantu. Kechain ni ada 3 ring. So, I letak Cop, stapler, kunci loker and surgical tape untuk standby. Kadangkala, ada juga kawan-kawan or doktor yang lalu terus grab my stapler untuk pinjam. Membantu tak ? Ha ha..

Cop jururawat : Pun saya ada dua stok juga. Salah satu letak sekali pada keychain tali leher. Salah satu letak pada pencil case. Bila ada sesiapa nak minta cop masa saya tengah berjalan,mudah. Masa buat dokumentasi, barulah guna yang disimpan dalam pencil case.

~ Pen : Saya hanya perlu 3 jenis sahaja. Pen merah, biru dan juga marker (merah/biru). Pen hitam cuma dikhaskan untuk doktor. Jadi, saya tiada pen hitam langsung. Kalau tengok stok pen ni, macam dah boleh buka kedai. Ho ho.. pekerjaan ini memerlukan banyak dokumentasi. So, harus ada backup. Mula-mula dulu, beli 3-4 in one punya pen. Sekaligus pen yang ada warna merah, hitam, hijau, biru. Tapi, bila dah hilang pun sekaligus hilang semua. Jadi saya lebih suka beli 1 jenis dakwat sahaja.

~ pain scale ruler tu anda tak perlu buat sendiri. Biasanya akan diberi bila dah masuk kerja nanti.

~Gunting surgical : Gunting ni saya ada dua. Ini adalah gunting yang ke 4. Sebelum ni dah hilang entah ke mana. One of them my husband yang beli. Saya hanya minta gunting besi yang biasa-biasa sahaja. Namun bersusah payah pula si dia mencari yang 'pro' punya.. Hmmm

~Suhu : Mesti ada dua. manual dan digital. Kalau saya tak percaya dengan ketepatan digital ni, saya akan periksa semula menggunakan manual.

~Pita pengukur : Ini bukan kedai jahit.. ho ho.. tapi kadangkala prosedur seperti abdominal girth, hand girth, sebarang kebengkakan perlu diukur mengikut plan doktor. Nak cari benda ni kadangkala payah juga. So, saya sentiasa bersedia.

Kertas tag berwarna : Bila mula buat dokumentasi, kita perlu mark prosedur penting pesakit, so mesti ada kertas tag ni sebagai bookmarking. Hak milik my husband. Mana yang berkaitan dengan pekerjaan saya, I just grab it. Ho ho..

Monitoring vital sign : Barang keperluan seperti ini optional saja. Malas nak cari and jalan jauh-jauh. So, blood pressure set, spo2 monitoring and digital temperature, I have my own.

Dalam poket  :

~pen merah
~pen biru
~Gunting 
~Pembaris
~Temperature

Liquid : Liquid ni larangan sebenarnya. Kalau ada tersalah tulis, hanya perlu garis sekali dan tandatangan sahaja. Saya percaya semua pekerjaan pun sama prosedurnya. Tapi, saya masih juga simpan liquid ni sampai sekarang.

Nampak tak ada benda yang tak ada kaitan disitu ? Okla. Memandangkan sibuk yang teramat sampai mencetus migrain, so saya sentiasa bawa benda freshcare bottle ni bersama. Hanya buka tutup dan gosok sahaja tempat migrain serta sakit kepala. Apapun saya bukan promosi produk ni ya ^_^


Bila dah susun dan simpan barang-barang yang berguna. barulah pencil case kecil ni muat. Tak payahlah bawa box besar-besar. Ho ho.

Dari Penulis : Buat adik-adik junior yang bakal bergelar misy dan mungkin memerlukan nasihat, (chewaahh) boleh saja drop comment dibawah or hantar emel. Penulis bukanlah super senior dalam bidang ini tapi saya akan jawab mana yang termampu.  Best Of Luck !



1 comment :

  1. Hi elvina, sy berminat nak beli artikel nih, bole awk berhubung dgn saya d email..hashaahmadofficial@gmail.com

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.