Sunday 13 December 2015

Earning Nuffnang Akhirnya Mencapai Tempoh Matang !

Setelah berhempas pulas menulis diblog, akhirnya earning nuffnang mencapai juga tempoh matang.  Meskipun ia tidak mencapai jumlah ratusan dan beribu riban. Dapatlah juga tersenyum sampai telinga...ho ho..Alang-alang dah mula menulis, biar sampai membuahkan hasil... ^_^


Baru-baru ini akaun ashadee saya juga sudah berbunga dan matang. Saya dah khaskan satu akaun untuk pendapatan sampingan ini. Jadi saya akan simpan pendapatan sampingan ni sebaik-baiknya hingga berkulat. Ho ho..gurauan sahaja ya..

Untuk blogger yang baru dan tidak sukakan banyak syarat. Nuffnang adalah yang paling sesuai. Jadi tak perlulah nak merungut sangat. Sekurang-kurangnya nuffnang bagi kita peluang menjana pendapatan dengan blog. Kalau semua pengiklan menetapkan syarat seperti innity, komli dan asdense. Jadi blog separuh jalanlah jawabnya.

Kekerapan saya menulis blog pun dah berkurang. Jika dahulu, membuak-buak semangat nak update entri setiap hari. Semua hal boleh dijadikan pos blog. Sekarang, susah betul nak perah idea. Biasanya saya akan keluarkan buku contengan, buat brain storming barulah memulakan sesi menaip. Saya lebih sukakan cara seperti ini kerana dapat kurangkan masa berhadapan dengan laptop. Maklumlah jaga mata... tak pakai spek lagi ni. Ho ho..

Tapi, untuk entri kali ini, saya tak buat preparation. Hanya menulis apa yang tersirat diminda, So, just roll with it. Ikut arus sahaja. Amatlah penting bagi saya menghasilkan entri yang penuh isi dan berkualiti untuk tatapan pembaca. Sekurang-kurangnya biarlah pembaca rasa 'terkesan' sedikit. Berbanding melakukan blogwalking agar lebih dikenali, penulis lebih suka fokus pada entri blog sahaja.

Setakat ini, trafik blog saya cukup organik. Ia bergantung sepenuhnya pada konten blog. Bila kurang menulis di blog, trafik pasti akan jatuh merundum.

Setiap hari juga saya akan jenguk-jenguk akaun nuffnang. Ho ho... Ada naik ke tidak ? Bila dah naik earning meskipun hanya sepuluh sen dan bertambah 1 hingga 2 iklan baru, still rasa happy. Sebab ada harga juga penulisan saya ni... hehe..

Untuk cashout pendapatan nuffnang, kita kena capai sekurang-kurangnya Rm50. Tu pun akan dikenakan caj Rm1. 'Hey, nak capai Rm1 pun kena tunggu few days tau!'... Ho ho.. Boleh tak bagitau pihak nuffnang macam tu. ^_^




Bila dah nak sampai ke jumlah minimum, tak sabar rasa nak cash out, tapi bila dah capai, rasa alang-alang sangat pula. Ho ho.. Belum terdesak nak pakai duit pun..

Lagipula, nak cash out bukanlah sehari dua boleh dapat. Nak tunggu dalam sebulan juga tu. Setakat ni earning saya adalah Rm57 ++.. Tak campur yang tengah ongoing. Blog benar-benar bantu kita jana pendapatan. Meskipun tidak menjadi jutawan. Namun, hasilnya tidak mengecewakan juga.

Setakat ini, yang banyak membantu menaikkan earning nuffnang saya adalah CPUV. Berbanding CPC,  saya hanya dapat beberapa klik sahaja dalam sebulan. Namun, setiap klik agak lumayan, ada yang mampu mencapai Rm 0.50 sen hingga  Rm1 per klik. Biasanya 25 sen.


Pengiraan klik saya kurang pasti. Rasanya ia ditentukan oleh bayaran pihak pengiklan itu sendiri. Bagi anda yang masih kecewa dengan nuffnang, nasihat saya jangan putus asa. Kekerapan menulis amat dipandang tinggi oleh nuffnang. Mereka akan lihat betapa seriusnya kita dengan dunia blog.

~ Semoga bermanfaat !

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.