Tuesday 29 December 2015

Iklan Nuffnang Bulan Disember : 13 Kempen Iklan Baru Dari Nuffnang

Pada hari lusa, bermulalah tahun yang baru 2016. Saya percaya semua orang sedang rehat buat masa ini. Santai dulu sebelum melangkah ke alam baru.  Sebab pada awal tahun depan, pasti semua orang sibuk. Cari duit lebih, anak pula mula bersekolah, bekerja dan macam-macam lagi. Ho ho...

Walaupun terhimpit dengan kesibukan melangkah ke tahun baru. Saya masih update blog seperti biasa. Berusaha mencari masa untuk menulis. Nasib baiklah ada sokongan padu En. Suami. Dapatlah saya mengambil masa agak lama sedikit untuk menulis blog. 

Apa yang membuat saya seronok blogging, iklan baru dari nuffnang pasti akan muncul di akaun lepas update entri. Biasanya nuffnang akan beri iklan 3 sahaja atau maksimum 6 iklan dalam sehari. Disebabkan saya ada mengupdate entri pada petang 29hb. Saya expect iklan baru keesokan harinya. Subuh 30hb disember sekitar jam3 am saya dah lihat akaun nuffnang. Ho ho... 

Walaupun bunyi macam over excited. Semak akaun pagi-pagi buta. Sebenarnya saya sedang bekerja syif malam. Jadi masa rehat cofee time, saya pun jenguk sahabat baik ni iaitu nuffnang... 

Terkejut juga ada 13 iklan baru daripada nuffnang. Penghabisan stok untuk iklan dihujung tahun. Ho ho.. Tak pernah lagi dapatkan iklan sekaligus banyak..Semua iklan diberi pada 29 dec 2015.

Biasanya nuffnang akan beri sedikit demi sedikit. Tu pun bergantung pada konsisten menulis.



Iklan yang anda lihat diatas ini adalah iklan baru. Dalam masa beberapa jam, earning setiap iklan naiklah beberapa sen..ho ho... Selalunya iklan maksimum yang berjalan di blog saya adalah sekitar 30 kempen dan ke bawah. Untuk bulan disember ini, ada 27 iklan yang ongoing.




Sebenarnya trafik tak tinggi pun.. cuma ada sedikit peningkatan dari yang saya paparkan sebelum ini. Trafik masih up and down juga. Jika sebelum ini UV sekitar 200 sahaja. Sekarang dah naik ke 400 UV.



Trafik...trafik...trafik lagi...

Buat masa ini saya hanya target trafik sahaja, yang mana amat penting untuk blog. Lebih tinggi trafik, lebih banyak peluang cpuv ditonton pembaca. Ada banyak cara mendatangkan trafik selain melalui carian google.

Contohnya penggunaan 'artikel terkait' dibawah entri. Jika tajuk entri menarik, pembaca pasti akan klik. Banyak juga pembaca saya yang datang dari hasil klik artikel terkait. Walaupun saya tidak menggunakan servis win-win blogger trafik daripada babab.net, masih ada entri blog saya yang diakses dari sini !

Jangan lupa letak entri-entri anda yang menarik dan popular disidebar blog. Ini untuk menarik perhatian viewer membaca entri lain.

Bila menulis sebuah entri, selitkan pada entri anda lain yang berkaitan. Contohnya saya pernah menulis 10 produk kecantikan wanita yang mendapat banyak review positif. Disini, saya selitkan pengalaman saya menggunakan Dnars serta review awal bio essence. Walaupun review bio essence merupakan antara entri baru saya, namun ia meraih trafik yang cukup lumayan daripada entri lama yang popular.

Jika anda gemar blogwalking, boleh saja sertakan link entri baru pada ruangan komen blogger lain. Pastikan anda telah email pemilik blog bahawa anda ingin meninggalkan link hidup diblog beliau. Hentikan spamming terhadap blogger lain.

Update blog

Entri yang dihasilkan perlulah mempunyai keunikan dan kualiti. Walaupun anda sharing mengenai pengalaman, pastikan ia mempunyai info yang bermanfaat untuk pembaca. Bukan 'asal ada update' sahaja. Sekadar satu rangkap entri sahaja tidak cukup untuk 'memikat hati' search engine. Pastikan entri sememangnya kaya dengan kata kunci agar mudah mendapat rangking di muka pertama enjin pencari.

~ Semoga bermanfaat !





No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.