Thursday 17 December 2015

Kongsi Pengalaman : Apa Yang Berbeza Bila Berubat Dengan Tabib Cina ?

Sebelum menulis entri ini, saya cuba untuk cari pengalaman individu lain mengenai berubat menurut cara tradisional cina. Namun saya hanya temui satu artikel sahaja. Itupun dalam bahasa indonesia. Mungkin saya terlepas pandang artikel lain. Saya percaya tak ramai yang tahu pasal berubat dengan tabib cina. Saya juga tak tahu pada mulanya. Maklumlah jarang jumpa klinik tabib cina. Ho ho.. Terdapat banyak pilihan untuk berubat. Cuma cara tradisional agak kurang laku. Selama anak saya sakit mahupun saya sendiri, tempat pertama yang saya akan fikir adalah klinik ataupun hospital. 

Sekitar november lalu, seluruh ahli keluarga saya diserang batuk dan demam yang agak hebat. Namun batuk saya lebih cepat pulih berbanding yang lain meskipun tanpa antibiotik. Dah hampir setahun juga saya tak ambil antibiotik. Bagi mereka yang masih belum mengerti kepentingan dan betapa merbahaya antibiotik, baca lebih lanjut mengenainya disini.

Saya sendiri agak risau juga mengenai anak saya yang kerap diserang tonsilitis. Si kecil ini ambil masa yang cukup lama untuk sembuh jika tidak makan ubat antibiotik. Disebabkan dah ada pilihan secara tradisional, mungkin saya akan mencubanya lain kali.

Disini saya buat sedikit perbandingan menurut pandangan saya sendiri dan juga pengalaman saya. Niat saya bukan untuk memburukkan sesiapa pun, Sila tegur saya jika saya telah menyinggung hati sesiapa.. ho ho..

Disebabkan saya ni jenis yang agak tangkai jering ^_^... Jadi semua hal saya akan ambil tahu. Iaitu caj consultation, caj ubat-ubatan dan pengiktiran KKM.

Klinik Swasta Dan Klinik perubatan cina

Caj perubatan klinik perubatan cina ~

Setakat ini, saya hanya tahu satu klinik perubatan cina sahaja. Namun, my family rasa sangat grateful juga berjumpa dengan tabib yang hanya mementingkan soal kesihatan pesakit. Caj untuk klinik perubatan cina sebenarnya lebih mahal. Bergantung kepada klinik dan doktor itu sendiri bagaimana keuntungan dikira. Namun, menurut my bro caj perubatan hanya dikenakan terhadap ubat-ubatan herba sahaja. Mungkin disebabkan ia diproses daripada bahan-bahan semulajadi. Standard harga yang dikenakan adalah dalam Rm100 lebih dan ke atas. 

Apa yang baik mengenai singsang ini, ia menerangkan dengan baik bagaimana sesuatu penyakit itu berlaku, apa yang perlu dielakkan dan sebagainya. Beliau tidak mengenakan caj konsultasi. Klinik tabib ini juga diiktiraf oleh KKM. Which is satu faktor yang anda patut lihat dahulu sebelum mula berubat. Bila dah mendapat pengiktirafan ini, maknanya ubat-ubatan herba beliau juga selamat untuk dimakan. 

Caj perubatan klinik swasta

Sebelum bergelar penjawat awam, saya pernah bekerja di klinik swasta. Cari pengalaman bidang perubatanlah katakan. Itupun dah beberapa tahun berlalu. Menurut pengalaman saya, kebanyakan pesakit sukakan doktor yang pandai bermanis mulut, senyum dan tahu menerangkan dengan baik sakit yang kita alami. 

Kadangkala orang tak fikir mengenai ubat atau betapa mahal caj yang akan mereka dapat. Yang penting servis yang baik..^_^.. Maklumlah nak berjumpa doktor ni akan dicaj. Jadi tak salah anda bertanya lebih lanjut mengenai sakit anda. Apatah lagi jika doktor yang ada pada waktu itu locum. Caj untuk perundingan jadi dua kali ganda. Jadi tak hairanlah bayaran lebih mahal apabila doktor pada ketika itu doktor ganti. 

Apa yang berbeza ?

Hmmm...ketika kita ke hospital atau klinik, pasti doktor akan bertanya 'ya ? Sakit apa ?'... Dari situ penyiasatan akan dibuat. Pertanyaan sign and symptom, ambil darah, xray dan sebagainya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit anda.

Apa yang membuat saya kagum dengan perubatan cina, penyakit diketahui dengan memeriksa nadi dan memeriksa anggota badan sahaja. Beliau hanya meminta pesakit duduk dan melakukan pemeriksaan tanpa bertanya perihal pesakit. 

Jangan tak tahu ya, perubatan cina sangat dikagumi sejak dahulu. Banyak kajian terhadap herba yang cukup berguna dan menjadi warisan hingga ke hari ini. Pada zaman dahulu, tabib cina hanya melakukan pemeriksaan nadi untuk mengetahui jika seseorang wanita itu hamil. 

Cerita pengalaman

Disebabkan my bro dan juga ibu saya mengalami batuk yang agak lama iaitu lebih dari 2 minggu. Temannya menyarankan agar beliau berjumpa dengan tabib. Menurut pengalaman kawan beliau, batuk yang dialaminya juga agak lama iaitu hampir sebulan, tapi dia tak sembuh pun walau dah jumpa doktor dan makan pelbagai jenis antibiotik. Namun, selepas makan ubat tabib selama 5 hari, barulah batuk beliau sembuh sepenuhnya. 

Hampir seluruh family saya berkesempatan untuk berjumpa tabib ini dan diperiksa. Saya ceritakan pengalaman my family member disini. Pengalaman I tak ada ya :-)... Jika berjumpa dengan tabib ini lain kali, saya pasti akan share dalam entri blog.

So, Abang saya pun mencuba alternatif untuk berjumpa dengan tabib. Beliau melakukan pemeriksaan pada nadi, memeriksa pada bahagian leher, belakang pinggang dan memintanya berjalan sahaja. Menurutnya, paru-paru jadi lebih sejuk dan melambatkan proses penyembuhan. Ini disebabkan faktor pemakanan dan persekitaran. Oleh itu, tabib menyarankan untuk elakkan persekitaran berhawa dingin, sentiasa minum air suam dan elakkan minum teh. Ini kerana teh juga bersifat sejuk. Hmm.. sedikit kecewa kerana saya seorang penggemar teh... ho ho...My bro juga mempunyai paru-paru lemah dan berisiko mendapat jangkitan tibi menurut tabib.

Apapun buah pinggang beliau tidak bermasalah. Cuma jantung agak lemah dan tulang kaki kiri senget sedikit. Tabib menyatakan ia faktor penggunaan kasut yang dah haus tapaknya. Ooops.. betul kata tabib ni. Selepas mendengarnya, barulah my bro cek tapak kasutnya dan perasan dah haus pula tapak kasut kirinya.


Ibu saya juga mempunyai masalah jantung. Namun beliau telah lama menghidap darah tinggi. Tabib hanya sarankan agar beliau meneruskan ubat darah tinggi yang telah lama diambil. Melalui Kesempatan ini juga, tabib sempat memeriksa adik penulis sendiri yang baru berusia 12 tahun. Menurut tabib tapak tangannya agak sejuk. Beliau menerangkan adik penulis kerap kembung perut kerana kurang selera makan. Hmm.. memang betul pun ! Adik saya memang seorang yang amat kurus kerana tak suka makan. 

My grandma juga sempat ke klinik tabib ni. My grandma tak kata apa pun. Namun, tabib sendiri memberitahu my grandma ada gastrik yang kronik. Terlalu banyak pengambilan sirih juga mencetus gastrik kronik. Ubat-ubatan herba telah pun diberi. Beliau sebenarnya telah lama menderita akibat gastrik yang kronik. Bagi mereka yang menghidap gastrik, beliau mengatakan agak mengelakkan makanan pedas,bergoreng dan berminyak. 

Salah satu alternatif berubat cara cina yang baik untuk kesihatan yang saya tahu adalah akupuntur. Rawatan yang menggunakan jarum. Ia baik untuk kesihatan serta peredaran darah dan amat disarankan oleh tabib cina.

Satu kebaikan pengambilan ubat herba adalah ia selamat berbanding kimia. Tahukah anda kesemua ubat dihasilkan dengan campuran kimia. Oleh itu, dalam jangka masa panjang, ubat-ubatan seperti antibiotik dan paracetamol mampu merosakkan hati dan buah pinggang. Namun, tak semua menyedarinya. Apa yang kita semua inginkan adalah sembuh. Jadi tak pernah fikir akan akibatnya. 

~ Sekadar perkongsian sahaja...renung-renungkan...






5 comments :

  1. Dear Elvinajane, boleh sy dpt details klinik perubatan cina yang awk katakan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai puan,klinik perubatan ni berada di area penampang sabah.

      Delete
    2. hai mau tanya tabib ni masih ada d penampang ka thn 2019 ni. penampang kawasan mana. Thank you.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.