Sunday 6 December 2015

Tips Pilih Tadika Dan Persediaan Sebelum Anak Masuk Ke Tadika

Pejam celik mata, rupanya dah tiba pun bulan disember. Pada bulan hadapan bermulalah tahun yang baru. Tahun 2016, merupakan tahun yang bakal mengalami perubahan yang banyak bagi saya. Terlalu banyak perancangan. Namun, kita hanya mampu merancang. Jadi atau tidak, Tuhan yang menentukannya.

Sebagai first mum yang pertama kali menghantar anak ke sekolah tadika, saya kongsikan entri ini mengikut pengalaman saya sendiri dan juga sebagai panduan berguna untuk anda.

Bahasa Penghantar

Hantar anak ke sekolah yang menggunakan bahasa cina atau inggeris. Mempelajari bahasa yang berbeza merupakan satu kelebihan. Hasrat asal saya adalah untuk menghantar anak ke sekolah tadika berbahasa cina. Cadangan dari my bro, mempelajari bahasa cina merupakan satu kelebihan bagi individu terutama ketika menghadiri temuduga pekerjaan. Banyak syarikat besar serta pelbagai bidang dikuasai oleh kaum cina. Jangan tak tahu, bahasa cina terutama mandarin tersenarai antara 5 bahasa dunia.

Daftar tadika 5-7 bulan lebih awal

kebanyakan sekolah tadika membuka pendaftaran lebih awal. Jadi anda pun kenalah rajinkan diri untuk follow up bila tarikh daftar sekolah anak. Hmm, disebabkan pengurusan saya yang agak lewat, sekolah tadika berbahasa cina yang saya harapkan telah pun penuh. Jadi saya pun buat keputusan untuk mendaftarkan anak ke sekolah tadika yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium penghantar. Urus pun pada november juga. Dah terlalu lewat..ho ho.. my biggest mistake.. Suka urus semua hal last minit.

Yuran tadika

Yuran sekolah tadika kadangkala boleh jadi lebih mahal dari sekolah rendah ataupun menengah. Selain itu, sekolah tadika swasta adalah lebih mahal. Jika ibubapa kurang budget, pilihlah sekolah tadika milik kerajaan.

Untuk anak saya yang baru berusia 4 tahun ini, saya memilih untuk mendaftarkannya di sekolah tadika swasta kerana kriteria sekolah ini yang memenuhi keinginan saya dan suami. Selain yuran kemasukan, penting bagi ibubapa untuk mengambil tahu yuran bulanan atau yuran lain-lain anak. Tanya kepada guru apa yang tadika akan beri. Untuk sekolah tadika anak saya, pakaian akan disediakan oleh pihak mereka.

Tadika swasta berdaftar 

Untuk ibubapa yang memilih mendaftarkan anak di sekolah tadika milik kerajaan, tiada apa yang anda perlu risaukan kerana ia sememangnya telah diiktiraf.

Disebabkan saya memilih tadika swasta dan ia juga masih baru lagi. jadi wajarlah saya mengetahui jika tadika anak diiktiraf oleh kementerian pelajaran. Apapun ujar my husband, setiap sekolah tadika yang dibuka mempunyai lesen yang diiktiraf dahulu oleh kementerian pelajaran.

Jarak sekolah anak

Pastikan jarak sekolah anak tidak terlalu jauh. Kalau boleh sekolah tadika ini jaraknya hanya lebih kurang dari 15-20 minit dengan menaiki kereta. Pastikan juga anda dah tentukan kereta sewa untuk anak tadika. Latih anak untuk mengenali siapa pemandu dan jangan mengikuti sesiapa selain pemandunya.

Jarak tadika anak saya dari rumah hanya dalam 10 minit sahaja. Ia tidaklah terlalu jauh. Memandangkan my dady juga dah tak bekerja, I hanya upah my dad. Jadi tak perlulah saya risau sangat.

Usia anak

Untuk masuk ke sekolah tadika, usia yang paling sesuai adalah antara 4 hingga 5 tahun. Namun, perlu diingatkan, perkembangan setiap anak berbeza. Ada yang berdikari lebih cepat dari yang kita bayangkan. Ibubapa boleh memilih untuk menghantar anak ke tadika pada usia 4 tahun jika dia boleh memahami arahan mudah, boleh kencing dan berak sendiri dengan sedikit bantuan.


Jika anak pada usia ini masih menggunakan pampers, hanya boleh bercakap beberapa suku kata dan sukar memahami arahan mudah menunjukkan perkembangannya mungkin lebih perlahan berbanding kanak-kanak lain yang sebaya. Jika perkembangan anak anda seperti ini, saya cadangkan anda hantar anak ke tadika pada usia 5 tahun.

Pergaulan kanak-kanak

Apa yang membuat kita sebagai ibubapa risau kadangkala pergaulan sosial anak kita. Risau juga jika si kecil tidak dapat menyesuaikan diri. Bagi anak-anak yang biasa dihantar ke pusat pengasuh, mereka lebih terdedah bersama kanak-kanak lain. Jadi, mereka tidak kekok ke tadika.

Berbeza dengan anak saya, selama saya bekerja, anak dijaga sendiri oleh ibu saya. Jadi dunia sosialnya agak terhad sedikit. Apa yang saya lakukan adalah membawa anak bersama ketika mendaftar. Berkenalan dengan cikgu, pembantu tadika dan dia juga sempat masuk ke ruang pembelajaran tadika dan bergaul dengan kanak-kanak lain. Tidak mengecewakan saya kerana anak-anak disitu dibimbing dengan baik. Mereka juga bergaul mesra dengan si kecil saya. Jangan takutkan anak anda soal tadika. Berceritalah kepadanya mengenai cikgu yang baik, rakan-rakan yang baik dan sebagainya.

Bila anak ke tadika, ibubapa atau penjaga tidak digalakkan menemani anak-anak. Pembelajaran anak-anak akan menjadi lebih sukar dan terganggu dengan kehadiran penjaga. Hal ini juga membantutkan pergaulannya dengan kanak-kanak lain.

Pendidikan awal kanak-kanak

Walaupun anak kita akan diajar semasa tadika, bantu anak-anak anda belajar asas yang mudah. Contohnya mengira, memegang alat tulis dan mengenali warna. Kesian pula pada anak yang datang ke sekolah dengan ilmu kosong di dada. Kita sebagai ibubapa perlu titikberatkan pendidikan awal kanak-kanak juga.


Meskipun anak saya ni jenis yang cepat boring dengan pembelajaran, saya tetap berusaha menggunakan pelbagai pendekatan untuk dia belajar. Setakat ini, dia telahpun ada sedikit asas yang akan membantu pembelajarannya nanti. Tapi bukan setakat pembelajaran saja ya, juga aktiviti harian anak-anak seperti kencing dan berak. Anak-anak boleh diajar seawal 1 hingga 3 tahun. Bolehlah baca entri saya disini Bagaimana mengajar anak yang berusia satu hingga tiga tahun.

Atur jadual tidur anak

Memandangkan anak akan mula sekolah tadika nanti lebih awal, saya dah start trained anak tidur lebih awal. Sebelum jam9 anak dah tidur. Ini untuk pastikan anak tak mengantuk masa pembelajarannya di tadika nanti. Buat masa ini, anak saya dah terbiasa bangun awal sekitar jam 6-7 pagi. Jadi bolehlah dia bersedia lebih awal untuk ke tadika nanti ho ho..

Barang sekolah anak

Sebenarnya hal ini terpulanglah kepada ibubapa masing-masing. Anak saya seorang saya agak bijak dan sedikit demand. So, barang-barang sekolahnya saya beli last minute juga. Bukannya apa, kalau beli peralatan sekolah lebih awal, dia akan gunakannya lebih awal juga. Checklist peralatan :

~ Beg Sekolah
~ Kasut
~ Set warna kayu
~ Gam air
~ pensil kayu 2-3 batang
~ Pembaris
~Gunting yang tumpul pada bahagian hujungnya
~Peraut
~pemadam
~Bekas pensil
~Stokin
~Aksesori rambut untuk anak perempuan
~Jam tangan (Jika perlu)
~Bekas air

Bekalan untuk anak

Sesetengah tadika mungkin tidak menyediakan makanan tengahari untuk anak. Jika anda risau anak lapar. Anda mungkin boleh membawakan anak makanan ataupun sedikit bekalan. Latih dan beritahu anak mengenai bekalan yang anda bawakan untuk si kecil.

Okayy... setakat itu sahaja. Semoga parenting tips ini membantu anda dalam memilih tadika dan mempersiapkan anak ke sekolah tadika.

Baca lebih lanjut : 

Perkara penting Ibubapa Perlu Tahu Setelah Anak sekolah Tadika













2 comments :

  1. Nice info sis. Parent mmg kena survey dulu tadika yg sesuai dgn perkembgn anknya..risau juga kalau sikecil tak dapat terima pembelajaran yg disediakan

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.