Saturday 23 January 2016

Cuti Ranau Sabah : Percutian Keluarga Dengan Budget Bawah 1K ! (Day 2)

Entri ini kesinambungan dari Cuti Ranau Sabah : Percutian Keluarga Dengan Budget Bawah 1k! (Day 1) 

Pada hari kedua, kami check out lebih awal, iaitu pada jam 8 pagi.. Nak tengok view kinabalu lah katakan. Masa nak check out, ada sedikit kejutan dari hotel ni. Pakej breakfast yang taukeh hotel ni sediakan khas untuk my family. Sedikit diskaun juga diberi. So, ada beberapa puluh ringgit lah beliau beri kepada kami semula. Sangat baik !

Masa yang paling sesuai untuk ke dairy farm adalah waktu pagi kerana anda akan lihat view gunung kinabalu yang lebih jelas dan cantik. Pic ni I snap masa duduk dalam kereta. Sebab itulah anda akan nampak sedikit shadow pada pic ini. Area ini adalah di pekan kundasang sekitar 8.40 pagi. Me and family sempat ambil gambar ramai-ramai berlatarkan gunung kinbalu.


Kemudian, barulah kami bertolak ke dairy farm. Jika anda ke ranau, rugi jika tak datang sini. Sebab kawasan ni memang sungguh cantik. Sama seperti berada di ladang lembu new zealand. Ho ho.. Bayaran untuk individu dewasa Rm5 sahaja. Taraaaa...


Hanya dibuka ofis hour saja.. Ada 3 aktiviti anda boleh buat disini iaitu melawat kandang anak lembu, pusat perah susu dan memproses susu, seperti yang tertera pada gambar di bawah. Nak buat wedding photography pun boleh juga. Harganya berbaloi-baloi. Nak buat penggambaran filem juga kena bayar ya..:-)


Gambar-gambar di dairy farm.. ^_^


Bukan sekadar lembu, kambing pun ada juga. Dah alang-alang berada disini, jangan lupa beli susu segar okayy. Selain itu, banyak cenderahati dijual disini untuk kenang-kenangan anda. Contohnya, keychain, fridge magnet dan juga baju T-shirt. 


Selain susu segar, susu ini juga diproses menjadi aiskrim. Masa ni, aiskrim berharga Rm5 ++.. I rasa pelik juga makan aiskrim bila dah lawat lembu-lembu tu..ho ho.. Apapun anda tak perlu risau. Sebab susu segar ini dah dipasteur ya :-)


Kalau ikut perancangan asal, nak juga ke mini strawberry farm. Tapi, disebabkan agak kejar masa untuk balik ke bandar kota kinabalu, kami hanya singgah untuk tinjau-tinjau bunga sahaja. Maklumlah my mum ni memang penggemar bunga. Malangnya, tak semua bunga dari ranau boleh ditanam di daerah saya. So, memang kena confirm kan dengan penjual mana bunga yang boleh ditanam di kawasan panas.

Anda akan lihat JS Nursery semasa turun dari dairy farm. Pilihan bunga cukup banyak. My husband memang khusyuk tangkap gambar. Pelbagai angle bak profesional ! Bila I tengok balik gambar-gambar bunga ni, waaa.. cantiknya ciptaan Tuhan.. 


Ada certain pasu bunga yang I rasa sangat comel. Hi hi..



Namun, untuk tawar menawar harga, agak sukar sedikit. So, my family singgah di pasar kundasang untuk menunaikan hajat my mum yang nak sangat beli bunga. Nak beli sayur pun ada banyak pilihan juga disini. Murah dan segar pula tu ! Madu pun ada banyak jenis yang dijual. Kalau tak sempat ke strawberry mini farm, anda boleh cari strawberry dan burberry disini. Ada dijual ! I pun sibuk juga nak beli kaktus yang berlambak..


Yang saya suka pasal kaktus ni, ia tak mudah mati. Mudah nak dijaga. Masa ni, saya minta my bro temankan since my husband nak stay pula di kereta. My bro ni suka tanya soalan bonus. 'Kaktus ni perlu matahari?'.. tanya my bro pada penjual. Fuh ! Saya pun dah mula bisik-bisik. 'Kan kaktus banyak hidup di gurun?'

Kenang-kenangan diranau saya dan my mum beli bunga sahaja ^_^... Bunga my mum orange and pink ni masih subur hingga ke hari ini. Including my cactus.. 



Sebelum balik ke daerah saya, sempat juga grab Takoyaki di area putatan ! Rindu pula my favourite... hehe..


Duit yang digunakan untuk percutian ni adalah termasuk hotel, makanan harian dan tempat melawat.  Budget ini melibatkan individu bekerjaya saja dalam keluarga saya. Iaitu my husband, bro dan saya sendiri.

Lepas saya buat sedikit pengiraan dan himpun-himpunkan perbelanjaan :

My husband : Rm100 >
Diri sendiri : Rm200 >
My bro : Rm300 >

Dan, kesimpulannya kurang dari 1k...^_^


Thanks for reading  :-)

1 comment :

  1. ϲonstantly i used to read smaller aгticles ԝhich ɑlso clear their motive, and that is
    also happening with this article ѡhich I am reading here.
    rediгected here : How To Password Protect Folder In Less Than 3 Minutеs
    Using These Amаzing Ꭲools

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.