Wednesday 30 March 2016

Buat Duit Nuffnang : Jemputan Menulis Dari Nuffnang Buat Kali Kedua !

Setelah beberapa minggu tidak menulis, kemahiran menulis sememangnya semakin berkurang. Memang jadi tenggelam dan timbul menulis diblog. Namun, masih tidak berniat meninggalkan dunia blogging. Buat masa ini saya mengusahakan satu lagi blog baru. Jadi tumpuan saya lebih kepada blog baru.

Nuffnang merupakan media pengiklanan yang saya masih setia ketika ini, maklumlah nak memohon media pengiklanan yang lumayan memang tak layak lagi. Ho ho... Kalau dahulu setiap hari juga tengok earning nuffnang, sekarang ni, perasaan excited tu dah berkurang.

Selepas cashout nuffnang earning pada awal mac lalu, earning hujung bulan mac ini hanya Rm19 sahaja. Pendapatan yang paling kaww daripada nuffnang ialah apabila mendapat tawaran menulis.

Baru-baru ini, saya mendapat whatsapp dari pihak nuffnang untuk menulis dan merasai sendiri pengalaman bersama produk mayfair. Terkejut juga. Sayangnya event ini akan diadakan di pavillion kuala lumpur. Memandangkan penulis berada di sabah, maka tak berkesempatanlah menyertai event ini..hoho...


Memandangkan dah agak lama saya tidak semak akaun gmail, lepas dapat whatsapp ni barulah tergerak hati untuk semak akaun. Jemputan dari nuffnang ni dihantar melalui email pada 14 hb mac 2016. Kemudian, dihantar semula melalui aplikasi whatsapp pada 28 mac 2016.


Haaa... sesiapa yang rasa dah lama tak cek akaun email nuffnang tu, cepat-cepatlah semak. Manalah tahu anda juga salah seorang peserta. Rasanya ada ramai juga yang terpilih untuk menyertai event ini. Menulis mengenai produk ini bukannya percuma ya... anda akan dibayar.. Tawaran review produk ini lebih mahal dari pendapatan nuffnang saya selama setahun. hehe..

Lepas semak email juga barulah saya sedari ini adalah jemputan kedua dari pihak nuffnang.


Jemputan pertama adalah Invitation to Chang Beer Campaign. Setakat ini, penulis memang tidak menerima produk review untuk minuman keras. So, ia bukanlah satu kerugian bagi saya.

Apa yang saya perhatikan mengenai nuffnang adalah mereka lebih suka pilih blog personal. Yang banyak memaparkan mengenai pengalaman hidup sendiri. Maklumlah pembaca lebih percaya soal pengalaman. Pos blog saya yang terkini banyak juga menulis mengenai produk penjagaan wajah. Soal wanita dan kecantikan, manalah dapat dipisahkan hoho..

Penulis ucapkan tahniah kepada nuffnangers lain yang mendapat jemputan ke event nuffnang dan menulis mengenainya..

Terima kasih kerana singgah dan semoga bermanfaat.





5 comments :

  1. sy msh krg info tntg nuffnang..betapa byknya benda yg perlu bljr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Husnah. Sebenarnya nuffnang tak rumit pun. Ni la antara media pngiklanan senang nak guna dan tak banyak syarat.

      Delete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.