Sunday 19 June 2016

Pengalaman Dan Tips Melancong Ke Wilayah Persekutuan Labuan

Hai ~

Kali ini, saya akan kongsikan tips percutian ringkas ke bandar labuan. Semoga ia menjadi panduan buat anda yang bakal ke sana. Kali terakhir saya dan family ke labuan adalah sekitar 10 tahun lalu. Sudah pastinya banyak perubahan baru ! Feri dahulu hanya ada sebuah saja. Kalau bermasalah memang susah. Sekarang ni dah ada beberapa buah feri rasanya. So tak perlulah risau ^_^.

Kalau sebelum ini, kami hanya walk in sahaja ke hotel di labuan. Maklumlah mencari tempat bermalam yang dekat dengan pelabuhan. Masa tu tak dapat bawa kereta sebab feri dah penuh. So, semuanya kena rancang dari awal. My bro memang seorang kaki traveller. Jadi, semuanya beliau uruskan. Ada dua perkara yang penting bagi my family ketika bercuti ke labuan, penginapan dan juga transport. 

Di labuan ada banyak hotel. Hotel murah di bawah budget Rm100 pun ada juga. Tak tempah awal pun tak apa. Tapi, my family lebih suka tentukan tempat penginapan. So, tak perlu risau apabila sampai di sana nanti. Pilihan saya dan keluarga untuk menginap adalah Palm beach resort and spa. Baca lebih lanjut DISINI.

Apa yang menarik di labuan ? 

Rasanya jarang yang menjadikan labuan sebagai destinasi percutian. Saya memilih untuk ke bandar labuan sebab my husband and kid tak pernah jejak kaki lagi ke sana. Ini kira pengalaman pertama merekalah. Lagipun labuan adalah bandar bebas cukai termasuklah gst. So, bolehlah jenguk barang murah dan berbaloi disitu.

Antara tempat yang anda boleh lawat di bandar labuan 

1. Taman burung labuan

2. Kompleks sukan laut

3. Muzium chimney

4. War memorial park

5. Terowong tanjung kubong 

6. Kampung air

Nak naik flight pun okey juga, lebih pantas. Tapi, tak merasalah my husband and kid naik feri + tak dapat bawa kereta sendiri. Tambahan pula, tambang feri memang jauh lebih murah. So, kena tempah awal untuk kereta. Sebab menurut staf disitu, tempahan untuk kereta ni cepat penuh.

Booking dibuat melalui panggilan telefon dan buat online payment. Then, staff disitu hantar butir-butir pembelian ke email..Jangan lupa cetak statement online booking untuk memudahkan urusan semasa mendaftar nanti.

Bayaran untuk bawa kereta pergi dan balik adalah Rm100. Tambang driver termasuk dalam pakej ini ya :-) Bagi saya bawa kereta sendiri lebih mudah sebab anda tak perlu pusing kepala nak sewa kereta di labuan ataupun cari teksi. Barang-barang pun boleh simpan di kereta. Sewa kereta pun boleh tahan mahal juga.

Kena fikir masak-masak juga nak bawa kereta apa sebelum booking. Sebab kalau dah booked then buat keputusan untuk tukar kereta lain, denda akan dikenakan Rm50 macam tu. Memang rugilah. Lesen pemandu diperlukan masa nak daftar di terminal. Penting untuk bawa ! Kad kereta tak perlu bawa pun tak apa. Sebab pegawai kastam tak semak pun. Kecualilah jika nombor plat kereta berasal dari labuan.



Masa naik feri dulu, harga tambang adalah Rm5 setiap individu. Namun, kali ni harganya hanya Rm2.50 per individu. Tapi, bukan itu sahaja. Caj untuk penumpang ( Domestic) akan dikenakan Rm1.50 setiap individu. Kiranya macam ni lah ya :-) Rm2.50 + Rm1.50 = Harga penuh setiap individu.




Tempat tinggal saya berada di papar sabah. Ikut laluan pimping membakut lebih dekat 7km berbanding beaufort. Dengan kelajuan 100km/hr menggunakan kenderaan 3.0 , hampir 3 jam juga sampai ke terminal feri. Hoho..jadi penumpang pun pening juga.

Terminal feri memang banyak perubahannya. Kalau dulu, masa nak naik feri lah tiket dijual. Sekarang ni, dah ada kaunter pembelian tiket dah. Lebih teratur. Sejam sebelum berlayar pun dah boleh bawa kereta masuk ke dalam kapal.

I sebenarnya excited sikit bila terpandang feri cantik ni. Ho ho...



Namun sedikit kecewa apabila feri yang bakal kami naiki adalah yang ini. Inilah feri yang terawal dan my family pernah naik pada tahun 2006. Memang feri lagenda. Masih berkhidmat dengan baik. Yang tak bestnya, kapal ini tiada penghawa dingin berbanding feri lain yang masih baru.



Tak ramai pun penumpang dalam feri ni. Lapang sahaja. Perjalanan dari terminal menumbok hingga ke labuan mengambil masa 1jam 30 minit. Masa ni, bolehlah menikmati bayu angin laut, panas udara ataupun movie yang ditayangkan dalam kapal. I memang jadi cacing kepanasan. Ke hulu dan hilir. Tak dapat bertahan lama duduk diam dalam kapal. hoho.



Kompleks sukan laut ~



Destinasi pertama yang kami lawat sebelum check in ke resort adalah hidupan marine. masuk adalah percuma. Hanya ada dua tingkat sahaja. Nak ambil gambar, kena tutup flash kamera. Walaupun tempat ni tak sebesar mana pun, enjoy juga tengok hidupan laut.


Ada banyak akuarium di sini ~


My husband and kid yang tengah khusyuk ~




Boleh baca sejarah pula.. ^_^



Sebelah petangnya pula lepas check in ke resort, my family hanya spend time ke ujana kewangan ataupun financial park. Rasanya inilah mall terbesar di labuan. Nak kata murah gila barang-barang disini, tak juga. Standard gituu...Mall ni I tak sempat snap gambar pula.

Kalau pertama kali ke labuan, ada baiknya gunakan waze untuk ke mana-mana. Aplikasi ini memang cukup membantu. Walaupun my bro kata tak mungkin sesat sebab pulau labuan ni kecil sahaja, beberapa kali juga my family sesat. Fuh !

Tak banyak tempat yang kami kunjung di labuan. Untuk hari pertama hanya hidupan marine dan ujana kewangan saja.

The next day pun hanya sempat berkunjung ke taman burung sahaja. Bayaran kemasukan untuk orang dewasa Rm3 sahaja. My kid yang berusia 4 tahun percuma sahaja.

Taman burung Labuan~


Map taman burung labuan. Manalah tahu sesat pula ha ha ~...Selain taman burung, disini ada muzium burung juga.


Disini ada barang cenderahati seperti keychain dan magnet fridge juga. Jika berminat bolehlah beli.


Ia dibuka pada jam9 pagi dan tutup pada jam4.30 petang. Boleh tengok disini.



 Lagi gambar di taman burung ~




Yang ini pula bahagian entrance sangkar burung yang besar ~


Mulanya berhasrat untuk ke muzium chimney. Tapi, disebabkan pelayaran feri adalah pada jam1.30 petang. Memang rush juga nak shopping barang.


Rasanya ole-oleh yang diingini oleh setiap individu (terutama wanita) yang ke labuan adalah 'coklat'. I pun pelik juga. Kalau nak cari coklat murah, bolehlah ke sky park di ujana kewangan. Disini memang dunia coklat. Ada yang telah dipek khas untuk dibawa balik. Masa ni, memang tengok tarikh luput betul-betul  sebab kebanyakan barang makanan akan luput dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Tapi, bernasib baik juga sebab dapat biskut dan keropok percuma. Ini pun sebab tarikh luput dah dekat juga. ^_^

Lokasi sky park : Jika anda berdiri berdepan dengan ujana kewangan, ia berada disebelah kiri anda. Selain sky park, ada banyak pakaian, beg tangan, pewangi serta cenderahati di bahagian luar kedai sky park.

Selain itu, rokok dan minuman keras adalah antara barangan yang menarik perhatian. Antara kedai yang menjual barangan ini dengan harga jauh lebih murah adalah kedai monegain. Ia berada di kedudukan strategik berdepan dengan terminal feri.

Check in 1 jam sebelum feri berlepas. Pastikan barangan yang dibeli tak diikat dengan ketat agar mudah diperiksa pihak kastam. Percutian selama 2 hari 1 malam memang cukup memenatkan. Masa ni memang tak cukup apatah lagi jika anda berhasrat untuk melawat banyak tempat. Lebih sesuai untuk bercuti 3 hari 2 malam jika ingin berehat secukupnya ~

Perjalanan pulang juga menggunakan khidmat feri yang sama. Enjoy dan penat juga. Fuh !


  Bye Labuan ~




No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.