Monday 24 August 2015

Idea Bisnes Kraftangan 2015 : Crochet Sesuai Untuk Individu Rendah Budget !

Dewasa ini, banyak individu yang berlumba-lumba mencari pendapatan sampingan. Tidak kiralah mereka yang bekerja ataupun suri rumah sepenuh masa. Zaman kegawatan pun sedang bermula. Nilai ringgit juga semakin susut dan merundum.

Nak borong dari luar negara ataupun china mungkin bukan lagi pilihan paling bijak bagi mereka yang  ingin mencari duit lebih. Projek 'do it yourself' adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mempunyai modal terhad.

Ada banyak sebenarnya projek D.I.Y yang anda boleh buat sendiri. Siapa kata ia tidak boleh dijual ? My sister in law dan rakan-rakannya pun ada shopping barang d.i.y yang diperbuat daripada plastik maggie. Ia diolah menjadi dompet dan pelbagai lagi barangan lain. Hebat bukan ?

Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini, idea bisnes kraftangan 2015 : Crochet 

Sebenarnya idea kraftangan ini bukanlah baru. Ia telah diusahakan sejak berkurun. Saya ingin refresh semula mengenai crochet ini terutama bagi anda yang sedang mencari idea kraftangan untuk dipelajari. Sebab itulah saya namakan entri ini idea bisnes kraftangan 2015.

Oleh itu, saya ingin ulas serba sedikit mengenai crochet ! Yes. Saya mengenali kraftangan ini di zaman kanak-kanak lagi since masa tu my mom sangat rajin mengait. Macam-macam yang dihasilkannya termasuk alas meja, frame gambar bahkan alas pasu bunga.. Fuh kagum juga. Tapi masa tu tak pernah berniat pun nak mewarisi dan mempelajarinya. Nampak boring pula... Ho ho..Ada juga rakan saya yang juga suri rumah sepenuh masa mengusahakan crochet ni.. Comel sungguh !

Pelbagai kraftangan yang boleh dihasilkan oleh crochet ni, antaranya : 

Sandal ataupun kasut bayi yang amat comel loteh 



 Topi 


Baju panas / sweater 




Selendang 




Keychain crochet 


Patung


Pakaian kanak-kanak & aksesori bayi


 beg

Jangan tak tahu, crochet ni boleh tahan permintaannya dipasaran. Orang lelaki pun ada juga yang mengusahakan crochet ni. Banyak juga laman web yang saya lihat ada menerima tempahan crochet. Bagi anda yang baru sahaja mengenali crochet, ia bukanlah semudah yang disangka. Ketekunan dan kesabaran amat diperlukan untuk mempelajari crochet.

Crochet tidak terhad kepada satu jenis kait sahaja. Ia ada pelbagai jenis. Antaranya adalah amazing needle, amigurumi, antimacassars, aran crochet, back to front crochet, bavarian crochet, bosnian crochet, braided crochet, broomstick, bruges crochet, camel TM crochet dan pelbagai lagi.

Bagaimana nak belajar dan berjaya ? Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Hendaklah berpegang teguh kepada usaha tangga kejayaan.

Alat bantu ? rujuk pada youtube langkah-langkah mempelajari crochet. Ada banyak buku panduan crochet yang dijual, malah pattern-pattern percuma ada diberi dimana-mana laman web crochet. Anda hanya perlu rajin search ya ^_^..



Modal ? Modal untuk memulakan crochet juga tidaklah semahal bisnes lain. Ia tidak mencapai harga ratusan ringgit. Bahan-bahan mengait juga mudah didapati kerana ramai individu mengusahakannya. Anda hanya perlu membeli benang kait serta beberapa jenis jarum kait yang diperlukan.

Contoh : Anda memilih untuk mengusahakan kasut bayi crochet untuk dijual :

Biasanya segulung benang kait biasa berharga Rm2- 4, boleh menghasilkan sepasang kasut ataupun sandal bayi. Kasut bayi boleh dijual pada harga pasaran berharga Rm15- Rm25 bergantung kepada tahap cantik dan unik produk anda. Bagaimana ? Bukankah anda telah mendapat keuntungan disini ?

~ Semoga idea bisnes crochet ini mampu bantu anda menjana pendapatan sampingan.


No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.