Friday 14 November 2014

Anda mengalami masalah bau badan ? Baca tips penting disini !

Biasanya mereka yang mengalami masalah bau badan tidak sedar mereka mempunyai masalah ini sehinggalah mereka menerima teguran daripada orang lain. Betul tak ??

Tidak semestinya mereka yang aktif berpeluh mempunyai masalah bau badan. Wanita mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak dari lelaki. Tetapi sistem berpeluh lelaki adalah lebih aktif. Jika anda kerap berpeluh, tanya rakan untuk mengenalpasti jika anda mengalami masalah bau badan. Jika ya, mulakan langkah mengatasi masalah bau badan anda.

Untuk mengatasi masalah bau badan. Kenalipasti puncanya dahulu ;

1. Umumnya punca bau badan adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria.Dari segi dalaman, sistem kelenjar peluh anda kemungkinan telah dijangkiti bakteria. Jadi apabila anda berpeluh, badan anda telah menghasilkan bau peluh yang luar biasa.

2. Fikir semula, bila kali terakhir anda mandi . Adakah komitmen anda terhadap tugasan lain menyebabkan anda lupa untuk melakukan rutin harian ini.?

3. Pemakanan - Faktor yang sangat penting. Pengambilan makanan yang mempunyai bau yang kuat seperti bawang putih dan produk tenusu akan mempengaruhi bau badan anda.

4. Masalah pencernaan yang tidak sempurna - Apabila anda kerap mengalami sembelit dan jarang membuang air besar, toksin akan tinggal dalam usus dan menyebabkan badan anda berbau.

Tips penting mengatasi masalah bau badan

1. Mandilah lebih kerap jika anda kerap berpeluh

2. Elakkan makanan seperti produk tenusu, kurangkan pengambilan bawang putih. Contohnya 1 biji saja dalam masakan kerana bawang putih juga penting kerana ia mengandungi antibiotik semulajadi. Elakkan makanan bergoreng, kari dan rempah. Lebihkan memakan makanan yang direbus dan ulam-ulaman.

3. Detoks ya supaya sistem pencernaan lebih lancar ;

4. Gunakan pakaian anda sekali sahaja. Jangan berulang kali memakai pakaian yang belum dicuci. Ini boleh menyebabkan bakteria dari pakaian tercemar berpindah ke badan anda. Kesan jangka masa panjang, boleh menyebabkan kulit anda akan dijangkiti kulat dan fungus.

5. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada material yang ringan dan menyerap peluh seperti cotton. Jangan gunakan kain tebal semasa cuaca panas untuk mengelakkan anda kerap berpeluh.

6. Tukar cadar anda lebih kerap terutama jika lebih kerap berpeluh ketika tidur. Hal penting ini kebanyakan dianggap remeh bagi sebilangan orang. 

7. Jangan gunakan perfume. Kerana apabila badan anda berbau ketika berpeluh, bau perfume yang telah bercampur dengan bau badan akan menghasilkan bau yang lebih kuat. Sebaliknya gunakan deodoran jenis spray.

Tips extra khas untuk wanita :

Seperti yang kita tahu, wanita mempunyai salur kencing yang lebih pendek daripada lelaki. Oleh itu, Bahagian ini mudah dijangkiti bakteria. Cukur bahagian ini dengan bersih.. Dan kerap tukar seluar dalam untuk mengelak jangkitan.  Jika anda bekerja, gunakan panty liner. Tukar jika anda kerap kencing untuk mengelakkan bau dan jangkitan.
Bahagian kemaluan mempunyai bakteria semulajadi. Gunakan sabun bayi yang bersifat alkali dan mempunyai ph rendah. Atau basuh dengan air suam sahaja.

Untuk mengatasi masalah bau badan. Fokus juga bahagian ketiak anda kerana bahagian ini adalah bahagian yang paling sensitif dan mengeluarkan bau yang lebih kuat berbanding bahagian badan anda yang lain.

Baca Tips berkesan mengatasi masalah bau ketiak disini

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.